Bantuan Hari Raya Aidilfitri Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah disalurkan bermula 22 April 2022 / 20 Ramadhan 1443H secara berperingkat.
Menurut MAIWP, bantuan Hari Raya Aidilfitri ini diberikan sebanyak RM500 secara sekali bayar (one-off) kepada penerima bantuan bulanan sedia ada MAWIP
Ia melibatkan penerima asnaf bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Bantuan ini dikreditkan ke dalam akaun masing-masing sama seperti bantuan bulanan MAIWP.
Bantuan Hari Raya Aidilfitri MAIWP bertujuan meringankan beban para asnaf dalam menyambut hari raya pada tahun ini.
Sebagai makluman, Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP bertujuan meringankan bebanan kewangan golongan asnaf yang memerlukan bantuan bulanan berbentuk wang tunai melalui akaun bank.
Jumlah bantuan yang diberikan adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon.
Syarat Umum Permohonan Bantuan ini adalah sebagaimana berikut:
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)
Mereka yang ingin memohon bantuan ini boleh datang sendiri ke pejabat Baitulmal MAIWP atau boleh melayari laman web https://www.maiwp.gov.my/ untuk maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan dan memuat turun borang permohonan.