Permohonan Skim Tunas Agro (STAg) KEJORA 2022

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) mempelawa permohonan Skim Tunas Agro (STAg) kepada individu seluruh Wilayah KEJORA yang pernah menghadiri kursus anjuran KEJORA dan sedang menjalankan aktiviti pertanian.

Rebutlah peluang ini dan daftarlah sebagai calon.

Apa Itu Skim Tunas Agro (STAg)?

Program Skim Tunas Agro (STAg) merupakan program baru yang dianjurkan oleh Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA untuk memberi peluang kepada individu dalam wilayah KEJORA yang baru menceburkan diri dalam bidang pertanian bagi melaksanakan projek pertanian secara berskala kecil. 

Objektif pelaksanaan Skim Tunas Agro (STAg) ini adalah sepertimana berikut:

  1. Memberi peluang dan galakkan kepada peserta kursus pertanian yang berpotensi terutamanya golongan muda untuk menceburi bidang pertanian.
  2. Membantu mengurangkan modal permulaan kepada peserta projek ekonomi berskala kecil yang baru hendak melaksanakan projek pertanian.
  3. Dapat melahirkan peserta projek ekonomi berskala kecil yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pertanian di samping menjana pendapatan sampingan.

Pelaksanaan program ini juga akan melahirkan usahawan pertanian baru terutamanya golongan muda di wilayah KEJORA dalam melaksanakan projek-projek pertanian.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 MEI 2022 (ISNIN) sebelum jam 5.00 petang. 

Borang yang diterima selepas daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.

Syarat Permohonan

Permohonan program adalah adalah terbuka kepada individu yang baru menceburkan diri dalam bidang pertanian bagi melaksanakan projek pertanian secara berskala kecil dengan syarat-syarat dan terma-terma sepertimana berikut:

  1. Pemohon telah menghadiri mana-mana kursus pertanian di bawah anjuran KEJORA sekurang-kurangnya sekali.
  2. Pemohon mestilah berumur diantara lapan belas (18) hingga empat puluh (40) tahun pada tahun permohonan;
  3. Pengalaman dalam melaksanakan projek pertanian adalah
  4. tidak diwajibkan;
  5. Pemohon mestilah berstatus Bumiputera;
  6. Had pembiayaan keatas projek adalah maksimum sehingga RM5,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ribu Sahaja) bagi setiap projek;
  7. Jenis bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk perbekalan peralatan dan input pertanian sahaja mengikut keperluan sebenar;
  8.  Syarat-syarat lain adalah :
    1. Memiliki tapak projek
    2. Lokasi projek di dalam wilayah KEJORA
    3. Memiliki akaun persendirian atau akaun projek
    4. Memiliki sijil kursus & latihan pertanian anjuran KEJORA
    5. Mengemukakan kertas cadangan perniagaan
    6. Penduduk dalam wilayah KEJORA
    7. Mengemukakan dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, pendaftaran perniagaan, penyata bank dan mendapatkan pengesahan daripada majikan/ penghulu/ Ketua Kampung/ Pegawai A Kumpulan Pengurusan & Profesional Kerajaan.

Syarat Sekiranya Terpilih

Pemohon-pemohon yang berjaya untuk menyertai program ini akan dikenakan syarat-syarat kelulusan tawaran sebagaimana berikut:

  1. Peserta yang berjaya dikehendaki untuk menandatangani surat Aku Janji KEJORA
  2. Peserta yang berjaya hendaklah memastikan peralatan dan input-input pertanian yang dibekalkan digunakan dan dijaga dengan baik. 
  3. Peserta yang berjaya dikehendaki untuk mengemukakan laporan prestasi secara berkala pada setiap dua (2) bulan sekali
  4. Peserta yang tidak melaksanakan projek selama tiga (3) bulan berturut-turut boleh dibatalkan daripada program ini. Pihak KEJORA juga berhak untuk mengambil semula perbekalan peralatan yang masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan untuk diberikan kepada peserta lain yang layak.
  5. Peserta hendaklah membenarkan pegawai atau anggota- anggota KEJORA pada bila-bila masa memasuki, memeriksa dan melawat kawasan projek.
  6. Peserta hendaklah bersedia memberikan penerangan dan maklumat yang dikehendaki oleh pihak KEJORA pada bila- bila masa yang diperlukan.

Cara Memohon

Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:

  1. Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my, atau;
  2. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu:

https://forms.gle/YQj48rHHGK8Ba4b19  atau

  1. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,
BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,
JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS, BANDAR PENAWAR,
81930 BANDAR PENAWAR, JOHOR.

Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke [email protected].

Info Lanjut dan Pertanyaan

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan Program Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP), sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau 07-8843156.

Iklan Permohonan

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top