Permohonan Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) KEJORA 2022

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) mempelawa kepada individu atau koperasi di dalam Wilayah KEJORA yang memenuhi syarat dan sedang menjalankan aktiviti pertanian untuk memohon Program Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP).

Rebutlah peluang ini dan mohon sekarang.

Apa Itu Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP)

Program Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) merupakan program bantuan peralatan pertanian yang dianjurkan oleh Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA. 

Objektif pelaksanaan Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) adalah sepertimana berikut:

  1. Membantu pengusaha pertanian yang berdaya maju untuk mengembangkan lagi projek pertanian. 
  2. Membantu mengurangkan kos peralatan kepada pengusaha pertanian yang berpotensi untuk     maju. 
  3. Meningkatkan pendapatan peserta menerusi projek pertanian yang sedang diusahakan.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 MEI 2022 (ISNIN) sebelum jam 5.00 petang. 

Borang yang diterima selepas daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.

Syarat Permohonan

Permohonan adalah terbahagi kepada dua (2) kategori dengan syarat-syarat dan terma-terma sepertimana berikut:

A. Individu / Persendirian

  1. Pemohon mestilah mempunyai pengalaman sekurang- kurangnya satu (1) tahun dan keatas dalam bidang pertanian (tanaman, ternakan, perikanan atau industri asas tani);
  2. Pemohon mestilah berusia diantara 18 tahun ke atas;
  3. Pemohon telah melaburkan modal sekurang-kurangnya RM5,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ribu Sahaja) dan keatas bagi projek yang dilaksanakan.
  4. Pemohon mestilah berstatus Bumiputera;
  5. Had pembiayaan keatas projek adalah maksimum sehingga RM20,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Ribu Sahaja) tertakluk kepada kelulusan;
  6. Jenis bantuan yang akan diberikan adalah dalam bentuk peralatan dan input pertanian mengikut keperluan sebenar projek;
  7. Syarat-syarat lain adalah :
    1. Memiliki tapak projek;
    2. Lokasi projek di dalam wilayah KEJORA;
    3. Memiliki akaun persendirian atau akaun projek;
    4. Memiliki sijil kursus & latihan pertanian;
    5. Mengemukakan kertas cadangan perniagaan;
    6. Penduduk wilayah KEJORA.
    7. Mengemukakan dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, pendaftaran perniagaan, penyata bank dan mendapatkan pengesahan daripada majikan/ penghulu/ Ketua Kampung/ Pegawai A Kumpulan Pengurusan & Profesional Kerajaan

B. Koperasi

  1. Pemohon mestilah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan keatas dalam bidang pertanian (tanaman, ternakan, perikanan atau industri asas tani);
  2. Penubuhan koperasi mestilah berusia dua (2) tahun ke atas pada tahun permohonan;
  3. Pemohon telah melabur modal sekurang-kurangnya RM10,000.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Ribu Sahaja) dan keatas bagi projek yang dilaksanakan.
  4. Pemohon mestilah berstatus Bumiputera;
  5. Had pembiayaan ke atas projek adalah maksimum sehingga RM50,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Ribu Sahaja) tertakluk kepada kelulusan;
  6. Jenis bantuan yang akan diberikan adalah dalam bentuk peralatan dan input pertanian mengikut keperluan sebenar projek;
  7. Syarat-syarat lain adalah :
    1. Memiliki tapak projek
    2. Lokasi projek didalam wilayah KEJORA
    3. Memiliki akaun persendirian atau akaun projek
    4. Memiliki sijil kursus & latihan pertanian
    5. Mengemukakan kertas cadangan perniagaan
    6. Koperasi wilayah KEJORA
    7. Mengemukakan dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, pendaftaran perniagaan, penyata bank dan mendapatkan pengesahan daripada majikan/ penghulu/ Ketua Kampung/ Pegawai A Kumpulan Pengurusan & Profesional Kerajaan

Syarat Sekiranya Terpilih

Pemohon-pemohon yang berjaya dan terpilih untuk menyertai program ini akan dikenakan syarat-syarat sebagaimana berikut:

  1. Peserta yang berjaya dikehendaki untuk menandatangani surat Aku Janji KEJORA
  2. Peserta yang berjaya hendaklah memastikan peralatan dan input-input pertanian yang dibekalkan digunakan dan dijaga dengan baik.
  3. Peserta yang berjaya dikehendaki untuk mengemukakan laporan prestasi secara berkala pada setiap dua (2) bulan sekali
  4. Peserta yang tidak melaksanakan projek selama tiga (3) bulan berturut-turut boleh dibatalkan daripada program ini. Pihak KEJORA juga berhak untuk mengambil semula perbekalan peralatan yang masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan untuk diberikan kepada peserta lain yang layak.
  5. Peserta hendaklah membenarkan pegawai atau anggota- anggota KEJORA pada bila-bila masa memasuki, memeriksa dan melawat kawasan projek.
  6. Peserta hendaklah bersedia memberikan penerangan dan maklumat yang dikehendaki oleh pihak KEJORA pada bila- bila masa yang diperlukan.

Cara Memohon

Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:

  1. Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my, atau;
  2. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu:
    1. Individu : https://forms.gle/8YBBccTqj9xotEty8 
    2. Kelompok : https://forms.gle/jCQjm5Uh7pfcwnTd8 atau;
  3. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,
BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,
JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,
BANDAR PENAWAR,
81930 BANDAR PENAWAR,
JOHOR.

Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke [email protected]

Info Lanjut dan Pertanyaan

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan Program Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP), sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau 07-8843156.

Iklan Tawaran Permohonan

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top