Bantuan Beras Bangsa Johor: Beras Percuma 10KG Buat Rakyat Johor

Kerajaan Negeri Johor telah melancarkan program Bantuan Beras Bangsa Johor yang mana majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor bertempat di Dataran Mahkota, Kota Iskandar.

Pelancaran di peringkat daerah juga telah dijalankan secara serentak di kesemua 56 DUN di Negeri Johor.

Bantuan yang disampaikan pada hari ini merupakan salah satu langkah proaktif sekaligus membuktikan keperihatinan kerajaan negeri bagi meringankan beban hidup rakyat yang terkesan akibat pendemik Covid-19.

Apa Itu Bantuan Beras Bangsa Johor

Bantuan Beras merupakan salah satu daripada 28 inisiatif di bawah Bantuan Kasih Bangsa Johor yang diumumkan oleh Menteri Besar Johor pada 14 April yang lalu.

Melalui inisiatif ini, setiap rumah di negeri Johor, akan menerima bantuan beras sebanyak 10KG.

Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada 3.67juta Bangsa Johor. 903 Ribu isi rumah akan menerima bantuan ini.

Sebanyak 23.67 juta ringgit diperuntukkan untuk inisiatif ini.

Pelancaran Program Bantuan Beras Bangsa Johor

Pelancaran Program Bantuan Beras Bangsa Johor

Kerajaan Negeri Johor telah melancarkan program Bantuan Beras Bangsa Johor yang disempurnakan oleh YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.

Majlis pelancaran telah berlangsung pada April 2022 (Rabu) bertempat di Dataran Mahkota, Kota Iskandar dan serentak di kesemua 56 DUN di negeri Johor.

Seramai 912,483 ketua isi rumah di negeri Johor akan menerima sumbangan 10kg beras dan ini akan memberikan manfaat kepada 3.67juta Bangsa Johor.

Terima kasih Kerajaan Negeri Johor di atas inisiatif ini.

Permohonan dan Syarat Kelayakan

Menerusi inisiatif ini, sebanyak 10 kilogram beras akan diedarkan kepada setiap rumah di Negeri Johor secara berperingkat-peringkat bermula 27 April 2022 hingga 31 Mei 2022.

Penyerahan Bantuan Beras Bangsa Johor Fasa 1 ini melibatkan sebanyak 172,500 kampit beras dan dilancarkan secara serentak oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan di kawasan DUN masing-masing.

Bantuan ini akan diselaraskan oleh Pejabat Daerah serta diagih-agihkan oleh ADUN dan Penyelaras DUN. Penyerahan baki bantuan beras ini akan dilakukan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Secara keseluruhan, sejumlah 903,136 ketua isi rumah akan menerima bantuan ini di seluruh Johor.

Bantuan ini merupakan salah satu langkah proaktif, sekali gus membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri bagi meringankan sedikit bebanan hidup rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Jutaan terima kasih kepada semua agensi dan jabatan yang terlibat kerana berkat komitmen dan kerjasama yang diberikan, inisiatif Bantuan Beras Bangsa Johor ini berjaya direalisasikan.Semoga semua usaha dan amal kebajikan yang kita lakukan diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Info dan Pertanyaan

Sekiranya ada sebarang persoalan berhubung inisiatif ini, anda boleh menghubungi nombor telefon 03-2666526 Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim atau Pejabat Daerah Masing-masing.

Anda juga boleh mengikuti Facebook Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim untuk sebarang info dan update terkini 

Senarai Bantuan Kasih Bangsa Johor

Berikut adalah senarai penuh Bantuan Kasih Bangsa Johor

Terdapat 8 jenis bantuan kasih di bawah kategori KEMASYARAKATAN iaitu;

  1. Bantuan Beras Bangsa Johor
  2. Bantuan RM300 Kepada Pekerja Gig (Pemandu Teksi, E-Hailing, & Penghantar Makanan)
  3. Bantuan RM300 Kepada Pemandu Bas Awam dan Bas Ekspress
  4. Bantuan RM300 Kepada Nelayan Yang Berdaftar dengan Jabatan Perikanan
  5. Bantuan RM500 Kepada Imarah Masjid dan Surau
  6. Bantuan RM500 Kepada Ketuan Kampung
  7. Bantuan Geran kepada Persatuan Vateran ATM Negeri Johor
  8. Bantuan Geran Kepada Persatuan Pesara Polis Negeri Johor

Bagi kategori KEBAJIKAN, terdapat 6 jenis bantuan sebagaimana berikut;

  1. Bantuan Khas Aidilfitri Kepada Fakir Miskin
  2. Bantuan Geran Kepada Pusat Jagaan Warga Emas dan Anak Yatim
  3. Anak Johor Prihatin
  4. Program i-Berkat
  5. Insentif Mesra Program Perumahan Rakyat PPR
  6. Insentif Mesra Rumah Sewa Kerajaan (KSK)

ORANG MUDA JOHOR turut mendapat bantuan di bawah Bantuan Kasih Bangsa Johor iaitu;

  1. Bantuan RM1,000 kepada pasangan Raja Sehari 
  2. Bantuan Geran Southern Volunteers
  3. Bantuan Geran Majlis Belia Johor
  4. Bantuan Geran Dewan Muda Johor

3 jenis bantuan di bawah kategori PENDIDIKAN adalah sebagaimana berikut;

  1. Bantuan Khas Persekolahan Sebanyak RM150 kepada pelajar sekolah rendah
  2. Bantuan Mahasiswa IPTA/IPTS
  3. Biasiswa Bangsa Johor

Terdapat 7 jenis bantuan kasih di bawah kategori EKONOMI iaitu;

  1. Insentif Sewa Mesra Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  2. Insentif Lesen Mesra Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  3. Bayaran RM2,000 kepada Operator Hotel Bajet
  4. Bantuan RM1,000 kepada Pemandu Pelancong
  5. Bantuan RM1,000 kepada Pengusaha Homestay
  6. Bantuan RM1,000 Kepada Pengusaha Bot Pelancongan
  7. Bantuan RM2,000 kepada Agensi Pelancongan

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top