Permohonan Rayuan BKM 2022 Login MyBKM bkm.hasil.gov.my

Buat pemohon yang tidak lulus permohonan Bantuan Keluarga Malaysia Januari yang lalu, kerajaan membuka peluang bagi permohonan rayuan BKM 2022.

Rayuan ini sebagai peluang kepada mereka untuk memohon semula dengan mengemukakan beberapa dokumen bagi menepati syarat kelayakan bantuan ini.

Oleh yang demikian, sila teliti maklumat yang dikemukakan berikut bagi membolehkan rayuan BKM  dapat diterima.

Siapakah yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022?

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah:

  1. Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atau
  2. Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

Tempoh Rayuan

Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022)

Tempoh permohonan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia boleh dibuat berdasarkan maklumat berikut:

  1. Secara dalam talian – mulai 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022*.
  2. Secara borang kertas – mulai 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022*.

* tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Cara dan Kaedah Rayuan

Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat seperti berikut:

  1. Secara dalam talian di Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my ; atau
  2. Penghantaran Borang Rayuan BKM 2022 di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran (Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan)

Anda digalakkan untuk membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 secara dalam talian dengan mudah, cepat, dan selamat apabila tempoh rayuan dibuka.

Dokumen Yang Diperlukan Semasa Membuat Permohonan Rayuan 

Bagi rayuan ini, anda perlu mengemukakan beberapa dokumen sokongan bergantung kepada kod tidak lulus Permohonan BKM 2022.

Antara dokumen yang diperlukan seperti MyKad pemohon atau pasangan, MyKad atau MyKid anak, sijil lahir anak (bagi pengesahan status kewarganegaraan), dokumen pengenalan pasangan, dan lain-lain lagi.

“PENERANGAN KOD ALASAN TIDAK LULUS BKM 2022 DAN PEMBUKTIAN DOKUMEN SOKONGAN BAGI PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022” sila klik pautan di bawah;

https://bkm.hasil.gov.my/Download/KOD%20ALASAN%20TIDAK%20LULUS%20DAN%20PEMBUKTIAN%20DOKUMEN%20SOKONGAN.pdf

Permohonan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 (Bkm 2022) Yang Tidak Dibenarkan Secara Dalam Talian

Untuk makluman, tidak semua permohonan rayuan boleh dibuat secara atas talian.

Bagi Pemohon Tidak lulus BKM 2022 dengan Kod Tidak Lulus seperti di bawah
perlu kemukakan Rayuan ke Cawangan LHDNM yang berdekatan bersama Borang
Rayuan BKM 2022 yang lengkap dan dokumen sokongan (jika berkaitan) mulai 09
Mei 2022 sehingga 02 Jun 2022.

Permohonan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 (Bkm 2022) Yang Tidak Dibenarkan Secara Dalam Talian

Bujang Tidak Lulus BKM Kod 06

Sebagai makluman, permohonan BKM 2022 yang tidak lulus kerana pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang adalah kerana;

  1. Berstatus pelajar pada tahun 2021/2022; atau
  2. Berumur 19 tahun – 20 tahun dan bukan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU)

Pelajar Sepenuh Masa (Bujang) Adakah Boleh Buat Rayuan BKM?

Pelajar sepenuh masa Tidak Layak untuk membuat Permohonan BKM 2022 (Status Tidak Lulus bagi Kategori Bujang Kod 06) . 

Walau bagaimanapun maklumat anda boleh didaftarkan sebagai anak di permohonan ibu bapa. 

Permohonan Rayuan BKM hanya dibenarkan sekiranya tamat pengajian sesi 2021/2022 atau sekiranya anda merupakan pelajar separuh masa. 

Maklumat dokumen sokongan yang perlu dikemukakan akan dimaklumkan kemudian.

Penerima GKP Yang Tidak Lulus BKM

[Soalan] Saya adalah penerima Geran Khas Prihatin tetapi Permohonan BKM 2022 saya berstatus Tidak Lulus atas alasan memiliki 3 atau lebih perniagaan milikan tunggal / perkongsian. Adakah saya layak menerima BKM 2022?

[Jawapan] Semakan kelayakan BKM 2022 adalah berdasarkan syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Setiap bantuan adalah berbeza dari segi kriteria kelayakan penerima. Rayuan boleh dibuat sekiranya menepati syarat kelayakan BKM 2022.

Senarai Kod Tidak Lulus BKM

  • Kod 04 Tidak Lulus BKM
  • Kod 06 Tidak Lulus BKM
  • Kod 09 Tidak Lulus BKM
  • Kod 12 Tidak Lulus BKM
  • Kod 13 Tidak Lulus BKM
  • Kod 15 Tidak Lulus BKM
  • Kod 18 Tidak Lulus BKM
  • Kod 20 Tidak Lulus BKM
  • Kod 21 Tidak Lulus BKM
  • Kod 23 Tidak Lulus BKM
  • Kod 31 Tidak Lulus BKM
  • Kod 32 Tidak Lulus BKM

Berikut adalah kod tidak lulus BKM 2022. Dokumen sokongan yang diperlukan semasa tempoh rayuan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

​​

KOD TIDAK LULUSALASAN TIDAK LULUS
01Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan
02Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan   Nama   / NomborPengenalan
03Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan
04Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data agensi
05Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan
06Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang
07Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa
08Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon /Pasangan melebihi RM5,000
09Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500
10Anak mempunyai   pendapatan   berdasarkan semakan agensi
11Pemohon / Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian
12Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / PengarahSyarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
13Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham / PengarahSyarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
14Pemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal/ Perkongsian
15Semakan   rekod agensi   mendapati   jumlah pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
16Semakan   rekod agensi   mendapati jumlah pemilikan kenderaan Anak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40)
17Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah / Pembelian Saham Hartanah yang melebihi RM500,000
18Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar diLuar Negara berdasarkan rekod agensi
19Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian
20Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi
21Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
22Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain
23Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain
24Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
25Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain
26Anak telah membuat permohonan lain
27Anak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
29Pemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat Pasangan
30Pemohon berstatus Kahwin tetapi maklumat Pasangan tidak lengkap
31Status Perkahwinan perlu pengesahan
32Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan
33Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan
34Pasangan meninggal dunia
35Anak meninggal dunia
36Pendapatan perlu pengesahan
38Semakan pendapatan   yang   dilaporkan   pada   borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan
41Semakan   rekod agensi   mendapati   had kemampuan pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan

Tarikh Pembayaran

Pembayaran rayuan yang diluluskan akan disalurkan pada fasa 3 & 4 (September & Disember 2022).

Jumlah Bayaran

Sekiranya diluluskan, bayaran yang akan diterima adalah berbeza mengikut kategori isi rumah, Ibu Bapa Tunggal (IBT) dan golongan Bujang.

Bayaran akan dibuat dalam 4 fasa berdasarkan kategori-kategori di atas.

Jadual pembayaran daripada portal MyBKM ini menerangkan dengan kadar pembayaran fasa 1 hingga fasa 4 beserta amaun tambahan bagi mereka yang layak.

  • Jadual Pembayaran BKM 2022 Fasa 1 hingga Fasa 4_01
  • Jadual Pembayaran BKM 2022 Fasa 1 hingga Fasa 4_02
  • Jadual Pembayaran BKM 2022 Fasa 1 hingga Fasa 4_04
  • Jadual Pembayaran BKM 2022 Fasa 1 hingga Fasa 4_03

Kaedah Pembayaran

Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini: 

i. Ada akaun bank:

  1. Berjaya Kredit – 

Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau

Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.

  1. Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup) 

Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau

Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

ii. Tiada akaun Bank

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM. 

Info dan Maklumat Lanjut BKM 2022

Anda boleh mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan melalui saluran berikut:

  1. Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my; atau
  2. Aplikasi Mobile BKM; atau
  3. Hubungi Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  4. Hotline MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  5. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PS LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM. 

Soalan Lazim Permohonan Rayuan BKM 2022

Bilakah Tarikh Rayuan BKM 2022?

– Secara dalam talian – mulai 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022*.
– Secara borang kertas – mulai 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022*.

Bagaimana Rayuan BKM Boleh Dibuat?

1. Secara dalam talian di Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my ; atau
2. Penghantaran Borang Rayuan BKM 2022 di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran (Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan)

Siapakah yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022?

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah:
i.        Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atau
ii.       Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

Apa Maksud Kod 06 Kategori Bujang?

Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang sekiranya:
i.        Berstatus pelajar pada tahun 2021/2022; atau
ii.       Berumur 19 tahun – 20 tahun dan bukan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU)

Adakah Pelajar Sepenuh Masa Layak BKM?

Pelajar sepenuh masa Tidak Layak untuk membuat Permohonan BKM 2022.

Bilakah Tarikh Bayaran Sekiranya Rayuan Diluluskan?

Akan diumumkan dari semasa ke semasa

Scroll to Top