Bantuan i-Perantau Buat Anak Perantauan Pulang Berhari Raya Dengan Selesa
Kerajaan Negeri Terengganu bersetuju memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi bantuan one-off i-Perantau kepada anak perantau yang layak.
Dianggarkan 5000 ketua isi rumah anak perantauan Negeri Terengganu bakal mendapat manfaat dari bantuan ini.
Anak-anak negeri Terengganu yang berada di perantauan bolehlah memohon bantuan ini yang diharap dapat mengurangkan sedikit beban ketika pulang berhari raya.
Apa Itu Bantuan i-Perantau?
i-Perantau merupakan bantuan buat anak perantauan Negeri Terengganu yang berkelayakan agar dapat pulang menyambut Aidilfitri dengan selesa.
Bantuan ini diperkenalkan sebagai penghargaan kerajaan negeri Terengganu tidak meminggirkan anak negeri di perantauan.
Semoga bantuan i-Perantau ini dapat memberi keringanan kepada mereka yang memerlukan ketika pulang berhari raya pada tahun ini.

Tempoh Permohonan
Permohonan i-Perantau boleh dibuat secara online mulai 24 April hingga 2 Mei 2022.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan i-Perantau adalah seperti i-Fitri iaitu;
- Ketua isi rumah yang mengundi di Terengganu
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
Cara Memohon
Pemohon yang layak berdasarkan kriteria ditetapkan boleh memohon melalui portal berikut;
https://ibantuan.terengganu.gov.my/
Tarikh dan Cara Bayaran
Bayaran pertama i-Perantau akan mula dibuat pada 15 Mei bermula di zon Lembah Klang serta disusuli zon lain termasuk di Sabah dan Sarawak.
Info Dan Pertanyaan
Sebarang maklumat lanjut mengenai bantuan raya i-Perantau, layari https://ibantuan.terengganu.gov.my/ atau hubungi nombor telefon 011-51754924 atau 011-51754969
Sumber: Harakah Daily
Soalan Lazim (FAQ)
Apa Itu Bantuan i-Perantau?
i-Perantau merupakan bantuan buat anak perantauan Negeri Terengganu yang berkelayakan agar dapat pulang berhari raya dengan selesa.
Bila Tarikh Permohonan ?
Permohonan i-Perantau boleh dibuat secara online mulai 24 April – 2 Mei 2022.
Bagaimana Cara Memohon?
Melalui portal https://ibantuan.terengganu.gov.my/
Bila Tarikh Bayaran i-Perantau?
Bermula 15 Mei di zon Lembah Klang serta disusuli zon lain termasuk di Sabah dan Sarawak.
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.