Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) membuka permohonan kepada warga negara atau pemastautin tetap di negeri ini bagi memohon Bantuan Awal Persekolahan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk 2023.
Permohonan dibuka kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah di peringkat pra sekolah, tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah bagi sesi persekolahan 2023.
Ibu bapa yang berkelayakan bolehlah memohon Bantuan Awal Persekolahan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ini sebelum tarikh tutup permohonan seperti yang dinyatakan di bawah.
Tempoh Permohonan
10 November 2022 hingga 28 Februari 2023.

Syarat-syarat Permohonan
Bagi permohonan Bantuan Awal Persekolahan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan 2023, syarat-syaratnya adalah sebagaimana berikut;
- Warganegara atau pemastautin tetap beragama Islam.
- Bermastautin di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 1 tahun.
- Kelulusan tertakluk kepada pendapatan isi rumah serta bilangan anak yang bersekolah.
- Pendapatan isi rumah di bawah RM4,300 adalah layak memohon.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan bagi permohonan ini adalah seperti berikut;
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
- Salinan MyKid/MyKad/sijil kelahiran tanggungan.
- Salinan sijil nikah/sijil ceral/sijil kematian. (jika berkenaan)
- Salinan penyata akaun bank/pengesahan akaun bank.
- Slip gaji/pengesahan pendapatan pemohon & pasangan (jika bekerja).
- Salinan bil air & elektrik semasa tempat tinggal pemohon.
Sesi Persekolahan
- Pra sekolah – berumur 6 tahun sahaja.
- Sekolah rendah – tahun 1 hingga 6 sahaja.
- Sekolah menengah – tingkatan satu hingga 5 sahaja
Cara Memohon
Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan di kaunter-kaunter Pejabat Agihan MAINS Daerah/Cawangan berhampiran atau muat turun di laman portal MAINS melalui pautan berikut;
https://www.mains.gov.my/…/borangpersekolahan2022.pdf
Lokasi Kaunter MAINS
MENARA MAINS
Ibu Pejabat Bahagian Agihan, Jabatan Zakat, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan
Aras 14, Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
No.Tel : 06-7651402
No.Faks: 06-7651407
SENAWANG
No. 549-G, Jalan Bandar Senawang 16, Pusat Bandar Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.
06-679 2215 , 06-677 3780
SEREMBAN 2
No. 4, Jalan S2 D38, City Centre Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
06-601 7155
PORT DICKSON
No 3A – G , Jalan Waterfront 3 Port Dickson,Waterfront, 71000 Port Dickson.
No.Tel: 06-6463860
No.Fax: 06-6463862
KUALA PILAH
No,3 Tingkat 1, Jalan Angkasa Jaya, Bukit Pilah Perdana, 72000 Kuala Pilah.
No.Tel: 06-4821388
No.Fax: 06-4821391
TAMPIN
PT 62, Tingkat 1, Tampin Square, Jalan Besar, 73000 Tampin
No.Tel: 06-4421332
No.Fax: 06-4421330
JELEBU
No.12, Tingkat Atas, Kedai Perhentian Bas Kuala Klawang, 71600 Kuala Klawang, Jelebu
No.Tel: 06-6136910/933
No.Fax: 06-6136894
JEMPOL
No 21 Jalan Casuarina 3, Pusat Perniagaan Casuarina, 72100, Bahau
No.Tel: 06-4553390/392/393/394
No.Fax: 06-4553391
REMBAU
NO 2,Tingkat Bawah, Bangunan RTC Rembau, Jalan Dato’ Sedia Raja, 71300 Rembau.
No.Tel: 06-6857205/206/207
No.Fax: 06-6857208
GEMAS
Lot 2000/1-F, Jalan Besar Gemas, 73400 Gemas, Negeri Sembilan.
NILAI
Lot 196, Jalan Nilai Square 6, 71800 Nilai.
No.Tel: 06-8504701
JOHOL
No. 1, Bangunan Kedai Air Mawang, 73100 Johol, Negeri Sembilan
No.Tel: 06-4367771
No.Fax: 06-4367772
Info Lanjut
Sebarang pertanyaan dan info terkini Bantuan Awal Persekolahan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ini, sila layari laman web https://mains.gov.my/ atau ikuti di Facebook Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
Sumber: MAINS