Bantuan Bujang 2024: Tarikh dan Jumlah Bayaran STR 2024

Golongan bujang merupakan antara kategori yang akan menerima bayaran bagi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2024.

Untuk bantuan ini, beberapa maklumat penting perlu diketahui untuk kategori bujang bagi tahun 2024.

Soalan yang kerap ditanya adalah berapa jumlah yang diperoleh? Bilakah tarikh pembayaran, bagaimana cara membuat semakan dan sebagainya.

Oleh yang demikian, sila baca maklumat berikut dengan teliti agar faham dan jelas tentang pembayaran bagi kategori bujang STR 2024.

Apakah STR 2024?

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bertujuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup

Golongan Bujang merupakan antara kategori penerima bantuan ini selain daripada kategori isi rumah dan warga emas bujang / tiada pasangan.

Pada tahun-tahun yang lalu, pembayaran bagi program bantuan tunai dilaksanakan 4 kali setahun. Manakala bagi kategori bujang, bantuan ini dibayar 3 kali pada tahun lepas untuk penerima sedia ada STR.

Tarikh Bayaran STR Bujang 2024

Pembayaran pertama STR akan dibuat pada bulan Februari 2024. 

Perdana Menteri sebelum ini memaklumkan, tarikh bayaran pertama STR 2024 akan dibuat sebelum Ramadhan atau sekitar bulan Februari 2024.

Ia sebagai persiapan untuk menyambut bulan puasa dan persediaan sesi baharu persekolahan KPM tahun 2024.

Untuk makluman, berikut adalah tarikh awal puasa dan sesi baru sekolah 2024;

  • 10 Mac 2024 bagi Sesi persekolahan Kumpulan A 
  • 11 Mac 2024 bagi Sesi persekolahan Kumpulan B
  • 12 Mac 2024 Awal Ramadhan (tertakluk kepada pengumuman penyimpan mohor besar raja-raja)

Pembayaran bagi fasa-fasa seterusnya adalah sebagaimana berikut;

  • Fasa 2 – April 2024
  • Fasa 3 – Ogos 2024
  • Fasa 4 – November 2024
Jadual Pembayaran STR 2024 Mengikut Fasa

Semakan Kelayakan STR Bujang

Semakan status STR terkini boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui kaedah berikut;

  1. Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
  3. Menghubungi LHDM
  4. Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia
  5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

Status Terkini Permohonan STR 2024

Sekiranya anda adalah penerima sedia ada atau pemohon baharu STR sebelum 30 November 2023, status terkini anda dalam portal MySTR adalah sebagaimana berikut;

Semakan Status Terkini STR 2024 - Dalam Proses

Maksud Status Dalam Proses

Status Dalam Proses pula adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2024.

Status ini akan berubah kepada sama Lulus atau Tidak lulus apabila kerajaan mengumumkan tarikh rasmi semakan STR 2024 yang dijangka pada bulan Februari 2024.

Sekiranya anda menerima status Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

Namun sekiranya status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

Jumlah Bayaran

Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan.

Jumlah bayaran asas penerima bujang adalah RM 350.

Jumlah bayaran asas Bantuan Bujang STR 2024

Untuk makluman juga, mulai tahun 2024, penerima STR yang layak akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Dua kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM.

Kategori bujang juga turut layak mendapat bantuan SARA ini dengan jumlah bayaran RM150.

Kadar Tambahan STR Bujang 2024

Oleh yang demikian, kadar STR 2024 bagi golongan bujang adalah sebagaimana berikut;

  • Sumbangan Tunai Rahmah 2024 = RM350
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) = RM150
  • Jumlah keseluruhan STR Bujang = RM500

Tarikh & Jumlah Pembayaran Pertama Bantuan STR Bujang 2024

Bila tarikh pembayaran STR 2024 akan dibuat

Sebagaimana jadual yang dikeluarkan LHDNM di atas, pembayaran fasa pertama STR di jangka akan dilakukan pada bulan Februari 2024 (*tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).

Buat masa ini, belum ada tarikh rasmi yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Namun, dijangkakan bayaran pertama akan dibuat pada minggu terakhir bulan Februari iaitu antara 26 hingga 29 Februari 2024. Ia sebagai persiapan untuk menyambut bulan puasa dan persediaan sesi baharu persekolahan KPM tahun 2024 pada bulan Mac 2024.

Jumlah bayaran pertama untuk kategori  sebagaimana jadual yang dikeluarkan oleh LHDNM adalah RM100.

Jumlah bayaran fasa pertama Bantuan Bujang STR 2024

Cara Bayaran

Berdasarkan pengalaman bantuan-bantuan yang lepas, pembayaran akan buat secara berperingkat mengikut kategori penerima.

Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), cara pembayaran adalah melalui penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Syarat Kelayakan Bantuan STR Bujang 2024

Kelayakan bagi kategori bujang 204 adalah sebagaimana berikut;

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa

Permohonan Baharu STR

Bagi tahun 2024, kerajaan akan akan mengambil pendekatan berbeza iaitu akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

2 kaedah permohonan STR yang boleh dibuat iaitu;

  1. Permohonan Secara Dalam Talian
  2. Permohonan Melalui Borang

Pemohon boleh hadir ke;

  1. Pejabat Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)
  2. Pejabat Satelit HASiL
  3. Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL

Borang permohonan boleh dicetak oleh pemohon melalui laman Portal Rasmi STR berikut;

Info dan Pertanyaan Mengenai STR

Orang ramai diingatkan agar merujuk laman web khas Belanjawan 2024 Malaysia MADANI yang disediakan oleh Kementerian Kewangan bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai Belanjawan 2024. 

Laman web ini boleh diakses menerusi pautan di bawah: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/ 

Talian Bantuan Khas Kerajaan 

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

  1. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  2. Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
  3. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
  4. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  5. Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)
  6. Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.

Soalan Lazim STR Bujang

Berapakah jumlah asas bantuan STR bujang 2024?

RM350

Berapakah kadar tambahan bagi STR – Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk bujang?

RM150

STR Bujang 2024 berapa kali bayaran?

Tarikh bayaran pertama STR 2024 akan dibuat sebelum Ramadhan atau sekitar bulan Februari 2024.

Pembayaran bagi STR 2024 akan dibuat sebanyak 4 kali. Manakala bagi kategori bujang akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa.

Bagaimana cara semakan STR secara online?

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Bagaimana cara pembayaran STR?

Ada akaun – kredit ke akaun bank masing-masing.
Tiada akaun- penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bilakah permohonan baharu STR dibuka?

Permohonan baharu dibuka pada November 2023.

Bagi STR 2024, Permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Saya berumur 20 tahun pada tahun 2023, adakah saya layak memohon STR 2024 mulai 01 November 2023?

Ya. Anda layak membuat Permohonan STR 2024 bagi Kategori Bujang mulai 01 November 2023 kerana anda menepati syarat umur 21 tahun pada tahun 2024.

Saya bujang berumur 19 tahun pada tahun 2023, adakah saya layak untuk membuat Permohonan STR 2024?

Tidak. Anda tidak layak untuk membuat Permohonan STR 2024 kerana syarat pemohon bujang mestilah berumur 21 tahun pada tahun 2024.

Anda hanya layak untuk membuat Permohonan STR 2024 bagi kategori Bujang jika anda merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).