TAWARAN BANTUAN KOMPUTER RIBA KEPADA MAHASISWA BAGI TAHUN 2024 MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP).
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kini membuka permohonan Bantuan Komputer Riba bagi tahun 2024 kepada mahasiswa yang berkelayakan.
Tawaran adalah dibuka kepada mahasiswa dalam kategori asnaf yang sedang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi.
Bidang atau kursus pengajian yang layak bagi memohon bantuan ini hendaklah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia serta tidak bertentangan dengan Hukum Syarak.
Berikut adalah maklumat lanjut bantuan yang ditawarkan dan panduan permohonan.
Tempoh Permohonan Bantuan Komputer Riba MAIWP 2024
Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Januari 2024 (Isnin).
Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Syarat-syarat Permohonan
Berikut merupakan syarat-syarat permohonan Bantuan Komputer Riba MAIWP 2024;
- Beragama Islam;
- Warganegara Malaysia;
- Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan (sekurang-kurangnya setahun);
- Melanjutkan pengajian pada peringkat Diploma atau Ijazah;
- Pengajian sepenuh masa sahaja;
- Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta di Dalam Negara atau Luar Negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia;
- Bidang atau kursus yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia serta tidak bertentangan dengan Hukum Syarak; dan
- Pelajar Yang Sedang Mengikuti Pengajian pada TAHUN PERTAMA SAHAJA dengan mengemukakan Surat Pengesahan pengajian dari pihak universiti.
Cara Permohonan
- Permohonan boleh dibuat mulai 15 Disember 2023 (Jumaat) dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman web www.maiwp.gov.my atau boleh mendapatkan terus di pejabat yang beralamat seperti berikut :
- Kaunter Agihan Zakat, Aras 3, Bangunan Daruzzakah, No. 55, Jalan Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur:
- Semua Pusat Agihan Zakat (PAZA);
- MAIWP Cawangan WP Putrajaya;
- MAIWP Cawangan WP Labuan.
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke kaunter agihan zakat MAIWP di ibu pejabat MAIWP Kuala Lumpur / Putrajaya / Labuan atau di mana-mana cawangan Pusat Agihan Zakat (PAZA) di Wilayah Persekutuan.
Ibu Pejabat MAIWP
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Ibu Pejabat) |
Menara MAIWP, No.55, Lorong Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur. |
(T): 03-2639 9000 (F): 03-2639 9900 |
Cawangan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya |
Aras 3, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No3 , Jalan Tunku Abdul Razak , Presint 3, 62100 PUTRAJAYA. |
No. Tel : 03 – 8871 5000 No. Faks : – |
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan |
Blok 4, Tingkat 13 Kompleks Ujana Kewangan Peti Surat 80960 87019 LABUAN |
No. Tel : 087-418 515 / 512 No. Faks : 087-418 514 |
Pusat Agihan Zakat (PAZA)
PAZA Cawangan Parlimen Batu |
No. 838, Tingkat Bawah, Sayap Kiri, Batu 4 ½, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur |
No. Tel : 03- 6259 6906 |
PAZA Cawangan Bukit Bintang |
Tingkat 3, UTC Pudu Sentral, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur |
No. Tel : 03- 2070 2004 / 03- 2070 2005 |
PAZA Cawangan Parlimen Bandar Tun Razak |
No 26, Pusat Perniagaan Danau Lumayan 1, |
Jalan Danau Lumayan, 56000 KUALA LUMPUR |
No. Tel : 03- 9191 0116 |
PAZA Cawangan Lembah Pantai |
No 93, Tingkat bawah, Jalan Bangsar, 51200 Kuala Lumpur |
No. Tel : 03- 2202 0937 |
PAZA Cawangan Parlimen Wangsa Maju |
No 19, Jalan 9/23e , Taman Danau Kota, Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur |
No. Tel : 03- 4131 0469 |
PAZA Cawangan Parlimen Setiawangsa |
No 11-G , Jalan Wangsa Delima 13, 53300 Kuala Lumpur |
No. Tel : 03- 4142 0515 |
PAZA Cawangan Titiwangsa |
Mini UTC Keramat, Jalan Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur |
No. Tel : 03-4251 8524 |
PAZA Cawangan Parlimen Seputeh |
Lot 4-G & 4-1, Medan Klang Lama 28, 58100 Kuala Lumpur |
No. Tel : 03- 7772 9423 |
PAZA Cawangan Parlimen Segambut |
C-0-3A, M Avanue, Jalan Segambut, 1-38A, Segambut Bahagia, 51200 Kuala Lumpur |
No. Tel : 03 6243 4080 / 03 6243 4081 |
Dokumen Yang Diperlukan dan Senarai Semak

Info lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh dibuat pada hari bekerja melalui talian: 03-26399000 sambungan 20407/ 20408 / 20413 / 20415/ 20410 (Unit Pendidikan, Bahagian Agihan Zakat).
Sumber: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan