Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun 2021 (ISNIN), telah mengumumkan Program Bantuan Bakul Makanan dengan peruntukan RM300,000 bagi setiap ahli parlimen.
Keperluan bakul makanan ini amat penting bagi rakyat yang terjejas akibat pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi kelangsungan hidup pada hari-hari mendatang.
Bantuan bakul makanan yang disalurkan melalui ahli parlimen dilihat lebih praktikal dalam usaha menyalurkan keperluan asas ini kepada rakyat yang terkesan di kawasan parlimen masing-masing.
Oleh yang demikian, sekiranya anda ingin memohon bantuan bakul makanan ini, beberapa panduan berikut boleh dilakukan.

Cara Memohon Bantuan Bakul Makanan Melalui Ahli Parlimen
Permohonan bakul makanan boleh dilakukan secara individu ataupun secara berkumpulan bagi mereka yang tinggal dalam komuniti tertentu.
Setiap Parlimen di Malaysia mempunyai Pusat Khidmat Parlimen masing-masing yang berperanan membantu rakyat di kawasan yang berkenaan memohon bantuan atau sebarang pertolongan.
Cara yang paling mudah adalah dengan hadir sendiri ke Pusat Khidmat Parlimen di kawasan masing-masing.
Selain itu, anda juga boleh menelefon atau email kepada pusat khidmat dun bagi memohon bantuan yang disediakan.
Pun begitu, sekiranya anda adalah ketua komuniti, ketua kampung atau ketua masyarakat bagi sesuatu kampung atau tempat, anda boleh memohon bakul makanan ini secara berkelompok dengan mengemukakan surat rasmi kepada Ahli Parlimen.
Contoh Surat Memohon Bantuan Bakul Makanan Melalui Ahli Parlimen Untuk Penghuni Kuarantin Positif Covid-19
Berikut adalah contoh dan panduan surat rasmi yang boleh dikemukakan kepada ahli parlimen bagi memohon sumbangan bakul makanan.
No Rujukan; Tarikh: YANG BERHORMAT TUAN AHMAD FAHMI BIN MOHAMED FADZIL Ahli Parlimen Lembah Pantai Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai No.1, Unit 1-13, Centrio, Jalan Pantai Murni, Pantai Hillpark, 59200 KUALA LUMPUR Yang Berhormat Tuan, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, MEMOHON SUMBANGAN BAKUL MAKANAN UNTUK PENGHUNI KUARANTIN POSITIF COVID-19 PPR PANTAI RIA, BLOK A. Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas. 2. Jawatankuasa Pengurusan COVID-19 KRT PPR Pantai Ria Blok A adalah sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan secara sukarela antara penduduk Komuniti Blok A, PPR Pantai Ria. Penubuhannya dibuat selepas mengambilkira situasi penularan COVID-19 di unit kediaman penghuni komuniti di sini. 3. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan, matlamat jawatankuasa ini adalah untuk memantau perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 di kalangan penduduk Blok A. Warga komuniti sentiasa dimaklumkan akan sebarang perkembangan terkini. Jawatankuasa juga bertindak memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan bagi membendung penularan COVID-19 dikalangan warga komuniti. 4. Jawatankuasa Pengurusan Covid-19, KRT Pantai Ria, Blok A telah mengenalpasti beberapa individu penghuni Blok A terlibat sebagai kontak rapat dan positif COVID 19 sebagaimana maklumat berikut; a. Nama, alamat, no. kp, no tel b. Nama, alamat, no. kp, no tel c. Nama, alamat, no. kp, no tel d. Nama, alamat, no. kp, no tel 5. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati sekiranya pihak Yang Berhormat Tuan dapat menghulurkan sumbangan berbentuk ‘Bakul Makanan’ kepada penghuni yang terlibat. Kami pasti sumbangan ini dapat membantu mengurangkan beban bekalan makanan penghuni sepanjang tempoh kuarantin kendiri mereka. Perhatian dan kerjasama Yang Berhormat Tuan dalam perkara ini amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Bersama Hentikan Wabak COVID-19 “Saya Yang Menjalankan Amanah” NAMA PEMOHON Jawatan |
Download Template Surat Permohonan
Panduan Penghantaran Surat Kepada Ahli Parlimen Untuk Sumbangan Bakul Makanan
Penghantaran surat boleh dikemukakan secara terus ke pejabat Pusat Khidmat Parlimen masing-masing.
Sekiranya pergerakan adalah terhad, boleh kemukakan melalui email disusuli dengan panggilan telefon atau whatsapps kepada individu yang menguruskan bakul makan tersebut.
Bagi permohonan dalam bilangan yang banyak, elok dikemukakan melalui ketua komuniti/ ketua kampung atau ketua masyarakat.
Ini senarai nama dan nombor telefon Pusat Khidmat Parlimen di seluruh Malaysia.