Dalam perutusan khas Perdana Menteri pada 28 Jun 2021 yang lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan moratorium bayaran balik pinjaman bank bagi mereka yang terkesan dengan Pandemik Covid-19 dan PKP 3.0.
Bank Negara memaklumkan pilihan moratorium bantuan bayaran Balik pinnjaman yang dibuat pada tahun 2021 tidak akan mempengaruhi rekod CCRIS anda.
Siapa yang layak memohon moratorium?

Moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.
Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.
Anda cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik.
Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank. Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.
Tarikh Permohonan
Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021 melalui bank masing-masing.
Kategori dan Bantuan Bayaran Balik
Kategori | Jenis Bantuan Bayaran Balik |
Semua individu (B40, M40 dan T20) | Moratorium selama 6 bulan. Tidak diperlukan dokumentasi sokongan. |
Semua Syarikat Mikro* | Moratorium selama 6 bulan. Tidak diperlukan dokumentasi sokongan. |
Semua PKS * terjejas akibat wabak tersebut | Moratorium selama 6 bulan.Tidak diperlukan dokumentasi sokongan.Hanya pengisytiharan diri yang diperlukan. |
* Seperti yang ditakrifkan oleh SME Corporation Malaysia
Cara Mendapatkan Moratorium 6 bulan
Untuk mendapatkan kemudahan moratorium ini, hubungi bank anda mulai 7 Julai 2021 dan seterusnya.
Kunjungi laman web bank berkaitan untuk mengetahui cara membuat permohonan melalui borang web, e-mel, atau panggilan telefon.
Berikan maklumat peribadi dan pinjaman / pembiayaan anda dan pilih bantuan pembayaran balik yang diperlukan. Kaji dan terima terma dan syarat. Tunggu pengesahan.
Bank anda akan memproses permohonan anda dalam masa 5 hari kalendar (untuk individu) atau 14 hari kalendar (untuk perusahaan mikro dan PKS).
Sekiranya anda menghadapi masalah dengan bank anda, atau tidak mendapat sebarang respons dari bank anda dalam jangka masa, anda boleh menghubungi BNMTELELINK atau mengisi bnm.my/RAsurvey untuk membuat aduan.
Semoga moratorium ini dapat sedikit sebanyak membantu peminjam individu dan PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka semasa tempoh yang mencabar ini.
Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk menggunakan tawaran ini dengan sebaiknya dan jika tidak mendesak, janganlah membuat tambahan komitmen kewangan lain.
Infografik daripada Bank Negara di bawah merupakan panduan mendapatkan moratorium 6 bulan;
Senarai Bank Yang Menawarkan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Moratorium
Institusi Kewangan
Institusi Pembangunan Kewangan
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda memerlukan bimbingan atau ingin meneroka pilihan alternatif untuk bantuan pembayaran balik, anda boleh menghubungi AKPK di https://services.akpk.org.my/
PKS (termasuk syarikat mikro) boleh meminta bantuan melalui Meja Bantuan PKS khusus AKPK di https://www.akpk.org.my/smehelpdesk bantuan maya memberikan nasihat kewangan percuma dan memudahkan permohonan bantuan pembayaran balik.
SUMBER: BANK NEGARA MALAYSIA


PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.