Pembayaran BPR Tambahan Berperingkat Mulai 30 Jun 2021 (Rabu) |Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah sebuah inisiatif bantuan tunai yang diperkenalkan Kerajaan bagi memanfaatkan golongan B40. Pembayaran BPR Fasa 1 dan Fasa 2 berjumlah RM4.68 bilion telahpun dibayar kepada 8.4 juta penerima pada Februari 2021 dan Mei 2021 yang lepas..
Pada 31 Mei 2021, Kerajaan telah mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bagi tujuan membantu meredakan cabaran yang dihadapi terutamanya ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan menambahbaik Program BPR.
Kini, pembayaran BPR Tambahan berkenaan akan menyusul dengan memanfaatkan jumlah penerima yang sama, merangkumi 3.6 juta isi rumah, 1.0 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang. Mereka akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 30 Jun 2021 (Rabu) melibatkan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion.
Tarikh Dan Cara Pembayaran BPR Tambahan
Pembayaran ini akan disalurkan seperti berikut:
Jenis Penerima | TarikhBayaran | Cara Pembayaran |
Isi Rumah, Warga Emas dan Individu Bujang | 30 Jun – 2 Julai 2021 | Terus dikreditkan ke dalam akaun bank. |
Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak) | Mulai 30 Jun 2021 | Melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa. |
Mengambil kira pembayaran Fasa 1, Fasa 2 dan BPR Tambahan, bantuan tunai yang disediakan sehingga kini kepada hampir 8.4 juta penerima adalah sebanyak RM6.78 bilion manakala jangkaan pembayaran Fasa 3 pula pada September 2021 dianggarkan berjumlah RM2.32 bilion. Secara keseluruhannya, peruntukan berjumlah RM9.1 bilion telah disediakan oleh Kerajaan bagi pelaksanaan BPR yang telah dan akan disalurkan kepada golongan B40.
Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan Rakyat. Kerajaan berharap agar bantuan tunai ini akan meringankan beban golongan B40 terutamanya mereka yang amat terkesan akibat pelaksanaan PKP 3.0 pada kali ini.
Semakan Status Pembayaran BPR Tambahan
Untuk semakan status pembayaran anda boleh lawati laman portal BPR melalui pautan berikut;
https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
- Masukkan nombor kad pengenalan anda
- Tekan semak
- Sahkan kata kunci keselamatan dan tekan ya
- Masukkan kata laluan dan log masuk
- Tekan bukan semak status
Rayuan BPR Tambahan
Permohonan Rayuan BPR 2021 boleh dibuat secara dalam talian mulai 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021 (tertakluk kepada pindaan). Sila Klik untuk Panduan Pengguna Permohonan Rayuan dan Sila Klik untuk Kod Alasan Tidak Lulus dan Tindakan / Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik / dilampirkan semasa permohonan rayuan.
Perkhidmatan kaunter BPR LHDNM akan beroperasi sepenuhnya melalui janji temu mulai 15 Jun 2021. Anda boleh membuat permohonan janji temu secara dalam talian melalui e- Janji Temu di Portal Rasmi BPR. Sila Klik untuk Jadual Kaunter Perkhidmatan BPR LHDNM.
Untuk maklumat lanjut e-Janji Temu, sila rujuk Soalan lazim atau Panduan Pengguna e-Janji Temu sekiranya anda ingin membuat permohonan janji temu.
Perkhidmatan BPR yang boleh diakses secara dalam talian pada Portal BPR 2021 tanpa perlu hadir ke Cawangan secara janji temu adalah seperti berikut:
- Permohonan Rayuan
- Kemas kini maklumat asas bagi permohonan berstatus lulus
- Semakan status permohonan dan maklumat bayaran
- Set semula kata laluan BPR (jika mempunyai alamat e-Mel berdaftar)
- Cetak permohonan BPR
- Semak pemakluman BPR
Kenyataan Media YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Kewangan)



