Semakan dan Permohonan Bantuan Bakul Makanan (2021) JKM RM100

Perdana Menteri dalam Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI) yang lalu mengumumkan Program Bakul Makanan JKM 2021, merangkumi barang makanan keperluan bernilai RM100 bagi setiap isi rumah yang layak.

Pelaksanaan program itu akan membabitkan peruntukan sebanyak RM50 juta dalam usaha membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Tujuan pemberian bakul makanan ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi memastikan kelangsungan hidup rakyat berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian 

Bagaimana caranya ingin memohon bantuan bakul makanan JKM ini?

Kelayakan Penerima Bakul Makanan di Bawah Inisiatif PERMAI

Mereka yang layak menerima dan memohon bakul makanan adalah penerima bantuan bulanan sedia ada di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut data penerima pada bulan Januari 2021.

Cara Memohon Bakul Makanan JKM 2021

Bantuan bakul makanan ini diberikan kepada penerima bantuan bulanan JKM sedia ada. Oleh yang demikian, pemohon tidak perlu membuat permohonan  kerana JKM telah mempunyai data penerima bantuan bulanan sedia ada sehingga Januari 2021.

Jumlah Nilai Setiap Bakul Makanan Yang Akan Diterima

Jumlah nilai barangan bakul makanan adalah RM100.00.

Jumlah Peruntukan Yang Disediakan Bagi Tujuan Bakul Makanan Ini

Peruntukan yang terlibat dalam pemberian bantuan bakul makanan ini ialah sebanyak RM50 juta.

Tarikh Bantuan Bakul Makanan Diedarkan

Bakul Makanan akan diedarkan sepanjang tempoh PKP.

Barangan Yang Terdapat Dalam Bakul Makanan JKM

Bakul makanan yang disediakan merupakan keperluan asas keluarga seperti berikut :

Bil.Barang Keperluan
1.Beras
2.Minyak Masak
3.Gula
4.Tepung Gandum
5.Susu Pekat
6.Teh
7.Kopi
8.Biskut
9.Kicap Manis
10.Sardin
11.Sos Cili
12.Garam Halus
13.Bihun

Organisasi Yang Menguruskan Pengedaran Bakul Makanan

Pihak JKM dengan kerjasama agensi berikut: 

  1. Angkatan Pertahanan Awam (APM) 
  2. Ikatan Relawan Malaysia (RELA) 
  3. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

Semakan Kelayakan Bantuan Bakul Makanan

Pemohon boleh membuat semakan dengan menghubungi:

  1. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD)/Negeri yang berdekatan dengan tempat tinggal. Direktori JKMN dan PKMD boleh didapati di laman sesawang www.jkm.gov.my;
  2. Bilik Gerakan JKM di talian 03-83231996; 
  3. Talian Kasih 15999;
  4. Whatsapp Talian Kasih 019-2615999. 

Pertanyaan Tentang Bantuan Bakul Makanan

Pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh dibuat dengan menghubungi pegawai-pegawai berikut:

BilNama PegawaiJawatanNo Tel/Emel
1.Puan Rozita binti Ibrahim Ketua Penolong Pengarah 03-83232369 [email protected]
2.Encik Zamri bin Mohamad Penolong Pengarah Kanan 03-83232365 [email protected]
3.Cik Nor Azlinda binti Ahmad Shaari Penolong Pengarah Kanan 03-83232360 [email protected]

Soalan Lazim (FAQ)

Sekiranya dalam satu keluarga terdapat lebih daripada satu penerima bantuan JKM, adakah kesemua mereka akan mendapat bakul makanan ini?

Jawapan = Tidak. Hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bakul makanan bagi setiap isi rumah.

Group Facebook Group Info Bantuan Semasa 2021
Join Group Facebook: Info Bantuan Semasa 2021

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.