Monday, October 2, 2023
HomeBantuan Prihatin RakyatPendaftaran Dan Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat DiLanjutkan

Pendaftaran Dan Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat DiLanjutkan

Tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) dilanjutkan hingga 25 Februari 2021.

Menteri Kewangan, Dato’ Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, lanjutan itu bagi memastikan bantuan berkenaan akan diterima bagi mereka yang benar-benar layak selain mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di hampir seluruh negara ketika ini.

Dalam satu kenyataan, beliau menjelaskan hanya pemohon yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH 2020) atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) B40 perlu membuat permohonan baharu. 

Turut perlu berbuat demikian ialah isi rumah yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan serta golongan mudah terjejas baru akibat status perubahan mereka ekoran impak penularan Covid-19 yang melanda Malaysia.

Proses pendaftaran baru dan kemas kini Bantuan Prihatin Rakyat dilanjutkan bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak lulus dan belum menerima BPR untuk mengemukakan permohonan untuk diverifikasi (sahkan) semula. 

Bayaran Untuk BPR Fasa Pertama dan Kedua 

Bayaran bagi fasa pertama BPR akan dibuat penghujung bulan Februari ini manakala bagi bayaran fasa kedua pula, akan dibuat pada awal Mei depan.

Sehingga kini Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menerima hampir 550 ribu permohonan baru yang perlu diverifikasi dan di semak silang.

Jumlah Bayaran Untuk Penerima Fasa Pertama BPR

Bagi kategori isi rumah, mereka akan menerima RM300 untuk bayaran fasa pertama.

Sementara bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun – 59 tahun dan OKU berumur 18 tahun – 59 tahun pula akan menerima RM150 untuk fasa pertama ini.

Bayaran ini akan dikreditkan ke dalam akaun masing-masing yang didaftarkan ketika mengisi atau kemas kini dalam borang Bantuan Prihatin Rakyat.

Sebagai makluman, BPR 2021 merupakan bantuan kewangan yang menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini. 

Ia bermula pada Januari lepas dengan kadar bantuan dan kategori yang lebih baik sesuai dengan situasi ekonomi negara ketika ini.

Peruntukan sebanyak RM6.5 billion telah diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Parlimen ketika sesi pembentangan Belanjawan 2021 pada November tahun lalu.

Ia dijangka dapat memanfaatkan 8.1 juta penerima di negara ini yang teridiri dalam kalangan B40 dan M40 bagi kategori isi rumah dan bujang / OKU.

Semakan, Kemaskini dan Permohonan Baharu

Untuk semakan, kemaskini dan permohonan baharu, sila layari portal Bantuan Prihatin Rakyat (BPR2021) di laman https://bpr.hasil.gov.my

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!