Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa 3 merupakan bayaran terakhir bagi kitaran bantuan ini untuk tahun 2021.
Secara keseluruhannya penerima bantuan BPR menerima inisiatif ini sebanyak empat kali iaitu pada Februari (fasa 1), Mei (fasa 2), Jun (BPR Tambahan) dan September (fasa 3).
Apakah Itu Bantuan Prihatin Rakyat?
Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR merupakan insentif yang kerajaan berikan kepada rakyat menerusi Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul pada tahu lepas.
Ianya merupakan pengantian kepada bantuan sebelum ini iaitu Bantuan Sara Hidup (BSH).
Dalam pembentangan Belanjawan 2021, Tengku Zafrul berkata;
“Maka dengan Belanjawan 2021, Kerajaan akan terus melaksana dan menambah baik bantuan tunai ini secara lebih bersasar. Bagi tahun 2021, Kerajaan akan menggantikan Bantuan Sara Hidup atau BSH kepada Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan yang lebih baik”
Tarikh Bayaran BPR Fasa 3
[Terkini] Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 28 September ini secara berperingkat dan dijangka selesai pada 30 September 2021.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia akan memanfaatkan 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang diluluskan membabitkan peruntukan RM2.82 bilion.
Semakan Status BPR 2021
Sebagai makluman, semakan status BPR bagi yang membuat rayuan dan pemohon sedia ada telah dibuka pada 18 September 2021 (Sabtu) melalui laman portal rasmi BPR 2021
Selain daripada laman portal, semakan BPR juga boleh dibuat melalui cara berikut;
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MoF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Status Kelulusan Rayuan BPR
Jika anda membuat semakan status di laman BPR bagi yang membuat rayuan sebelum ini, ia akan memaparkan status berikut;
LULUS RAYUAN – Akan memaparkan amaun kelulusan BPR termasuk rayuan.
TIDAK LULUS RAYUAN – Akan memaparkan Alasan Rayuan beserta Kod dan Kod Keterangan tidak lulus.

Jumlah Bayaran
Secara umumnya pembayaran BPR pada September dibahagikan kepada dua kategori;
- Penerima sedia ada yang lulus permohonan sebelum ini
- Penerima BPR yang lulus permohonan rayuan pada 15 Jun – 30 Jun 2021.
Jumlah Bayaran Penerima sedia ada
- Isi rumah <2500 (Kurang dari 1 anak) – RM500
- Isi rumah <2500 (2 anak ke atas) – RM1100
- Isi Rumah >2501 – 4000 (Kurang dari 1 anak) – RM200
- Isi Rumah >2501 – 4000 (2 anak ke atas) – RM600
- Isi Rumah >4001 – 5000 (0-1 anak berumur 60 ke atas) – RM200
- Isi Rumah >4001 – 5000 (Kurang dari 1 anak) – RM100
- Isi Rumah >4001 – 5000 (2 anak ke atas) – RM200

Jumlah Bayaran Penerima BPR Yang Lulus Rayuan
Bagi mereka yang lulus rayuan, jumlah bayaran adalah berbeza berbanding penerima sedia ada. Ini kerana pembayaran bagi penerima yang lulus rayuan akan dibayar tunggakan bersekali dengan fasa ke 2, BPR Tambahan dan termasuk bayaran fasa ke 3.
Jumlahnya adalah sebagaimana berikut;
KATEGORI (PENDAPATAN ISI RUMAH & BIL ANAK) | FASA 2 | BPR TAMBAHAN | FASA 3 | JUMLAH BAYARAN SEPT |
Isi rumah <2500 (Kurang dari 1 anak) | RM400 | RM500 | RM500 | RM1400 |
Isi rumah <2500 (2 anak ke atas) | RM400 | RM500 | RM1100 | RM2000 |
Isi Rumah >2501 – 4000 (Kurang dari 1 anak) | RM300 | RM300 | RM200 | RM800 |
Isi Rumah >2501 – 4000 (2 anak ke atas) | RM300 | RM300 | RM600 | RM1200 |
Isi Rumah >4001 – 5000 (0-1 anak berumur 60 ke atas) | RM100 | RM100 | RM200 | RM400 |
Isi Rumah >4001 – 5000 (Kurang dari 1 anak) | RM100 | RM300 | RM100 | RM500 |
Isi Rumah >4001 – 5000 (2 anak ke atas) | RM250 | RM300 | RM200 | RM750 |
Adakah Kategori Bujang Dapat Bayaran Pada September?
Adalah dimaklumkan bahawa bagi penerima bujang sedia ada, tiada pembayaran untuk fasa tiga kerana peruntukan BPR fasa 3 hanya diberikan bagi fasa pertama dan kedua sahaja.
Jumlah keseluruhan BPR untuk bujang adalah RM350 dan tiada pembayaran untuk fasa 3.

Pun begitu, bagi kategori bujang yang lulus rayuan BPR, mereka akan mendapat bayaran sebagaimana berikut;
KATEGORIBUJANG (59 TAHUN KE BAWAH) | FASA 2 | BPR TAMBAHAN | JUMLAH |
Bujang <2500 | RM200 | RM100 | RM300 |
Kaedah Pembayaran
Pembayaran Fasa Ketiga BPR 2021 adalah seperti berikut:
- Berjaya Kredit ke akaun
Pembayaran akan dilakukan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021 secara berperingkat.
- Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan sekiranya;
- Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR 2021; atau
- Pembayaran BPR 2021 berstatus Gagal Kredit.
Penerima BPR Layak Menerima Program Jaringan Prihatin
Untuk makluman mereka yang lulus dalam rayuan BPR baru-baru ini, anda adalah layak untuk menyertai Program Jaringan Prihatin.
Apa Itu Program JARINGAN PRIHATIN?
Program jaringan prihatin ialah sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2021 untuk 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) mendapatkan bantuan bagi perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih.
Bagi mereka yang ingin memohon mendapatkan pakej bantuan ini, kerajaan telah melanjutkan permohonan ini sehingga 30 September 2021 (KHAMIS).
Ini selaras dengan pengumuman terkini kerajaan tentang status Rayuan BPR 2021 yang diketahui mulai 18 September 2021
Pelanjutan ini juga bertepatan dengan situasi semasa dan memberi ruang dan masa kepada mereka yang perlu mendaftar dan menebus telefon mereka di kedai secara fizikal.
Jumlah bantuan untuk pakej peranti dan pelan data bulanan adalah sebagaimana berikut;

Untuk info lanjut tentang jaringan prihatin, sila baca artikel berikut;
Permohonan Jaringan Prihatin Dilanjutkan Sehingga 30 September 2021
Tarikh Kemaskini: 25 September 2021
Soalan Lazim
Mereka yang lulus sebagaimana dalam semakan status BPR di portal – https://bpr.hasil.gov.my/
Sila lihat jadual dalam artikel ini.
Mulai 28 September 2021 (Selasa) secara berperingkat
Tiada pembayaran untuk fasa 3 bagi bujang kecuali mereka yang lulus rayuan BPR
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.