Pada tahun lepas, Kerajaan telah melancarkan Program Jaringan Prihatin iaitu inisiatif di bawah Belanjawan 2021 untuk 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) mendapatkan bantuan bagi pakej perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih.
Program yang bernilai RM3.5 bilion ini adalah pelengkap kepada inisiatif MyDigital yang diumumkan Februari lalu.
Ia bertujuan membina bakat dan kemahiran digital seiring dengan usaha keterangkuman berpaksikan Objektif Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Oleh yang demikian, sekiranya anda ingin memohon bantuan Pakej Peranti dan Pelan Data Bulanan, beberapa maklumat berikut anda perlu ketahui.
Apa itu Program Jaringan Prihatin?
Program jaringan prihatin ialah sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2021 untuk 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) mendapatkan bantuan bagi perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih.
Jumlah Bantuan untuk Pakej Peranti dan Pelan Data Bulanan
Berdasarkan jadual di atas, kelayakan ini adalah untuk mereka yang tergolong di bawah B40 yang menerima Bantuan Prihatin Rakyat sahaja.
Penerima yang layak boleh menerima salah satu daripada dua manfaat yang ditawarkan iaitu pakej peranti atau pelan data bulanan untuk 12 bulan.
Jumlah bantuan bagi mereka yang ada anak di bawah umur 18 tahun bagi pakej peranti adalah RM300 manakala yang ingin memohon data bulanan (12 bulan) adalah RM180.
Bagi mereka yang tiada anak di bawah umur 18 tahun, jumlah bantuan bagi pakej peranti ialah RM180 dan jumlah bantuan pelan data bulanan adalah RM180.
Tarikh Permohonan Pendaftaran Program Jaringan Prihatin
Bagi mereka yang ingin memohon mendapatkan pakej bantuan ini, kerajaan telah melanjutkan permohonan ini sehingga 30 September 2021 (KHAMIS).
Ini selaras dengan pengumuman terkini kerajaan tentang status Rayuan BPR 2021 yang diketahui mulai 18 September 2021
Pelanjutan ini juga bertepatan dengan situasi semasa dan memberi ruang dan masa kepada mereka yang perlu mendaftar dan menebus telefon mereka di kedai secara fizikal.
Jadi, mereka yang lulus status rayuan BPR 2021 masih sempat untuk mendaftar dan menebus telefon bimbit di kedai secara fizikal.
Semakan Kelulusan Jaringan Prihatin
Secara umumnya, mereka yang layak dengan program ini adalah mereka yang lulus permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR).
Semakan kelayakan boleh dibuat di laman portal rasmi BPR iaitu;
Semakan kelayakan juga boleh di buat di laman sesawang syarikat telekomunikasi masing-masing.
* lihat pada bahagian Senarai Syarikat Telekomunikasi yang menyertai Program Jaringan Prihatin
Senarai Syarikat Telekomunikasi yang menyertai Program Jaringan Prihatin
- Celcom: https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin
- Digi: https://digi.my/prihatin
- Maxis: https://www.maxis.com.my/jaringanprihatin
- Mcalls: https://mcalls.asia/jaringanprihatin
- redONE: https://www.redone.com.my/promotion/bpr
- speakOUT: https://speakout.asia/jaringanprihatin
- Tune Talk: https://www.tunetalk.com/my/en/jaringanprihatin
- U Mobile:https://www.u.com.my/jaringanprihatin
- unifi Mobile: www.unifi.com.my/jaringanprihatin
- XOX Mobile: https://xox.com.my/jaringan-prihatin-en
- YES: https://www.yes.my/kasiupB40
- Yoodo: www.yoodo.com.my/jaringanprihatin
Syarat Permohonan
Hanya satu tuntutan dibenarkan bagi setiap individu atau isi rumah yang layak (disahkan melalui nombor kad pengenalan).
Jika anda mempunyai dua (2) nombor mudah alih, anda hanya boleh memilih satu (1) nombor mudah alih yang akan menerima tuntutan subsidi tersebut.
Subsidi Jaringan Prihatin akan diberi melalui pembelian pelan data atau pakej peranti syarikat telekomunikasi yang telah dipilih oleh penerima subsidi tersebut.
Kaedah atau prosedur untuk mendapatkan subsidi, untuk prabayar dan pascabayar, akan berbeza-beza mengikuti syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian. Penerima subsidi boleh merujuk kepada laman sesawang syarikat telekomunikasi pilihan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Bergantung kepada pelan yang dipilih, penerima yang layak dibenarkan untuk menukar syarikat telekomunikasi maksimum tiga (3) kali dalam tempoh program sepanjang 12 bulan. Penerima yang layak hanya boleh berdaftar dengan satu (1) syarikat telekomunikasi pada sesuatu masa sepanjang tempoh tersebut.
Sila rujuk laman sesawang syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan dan penukaran.
Penerima tidak boleh:
- Menebus subsidi Jaringan Prihatin lebih daripada sekali sebulan.
- Memilih masa pembayaran subsidi dibuat. Secara umum, penebusan akan berlaku dalam bulan kalendar yang sama. Walau bagaimanapun, masa pembayaran yang tepat mungkin berbeza antara syarikat telekomunikasi yang berbeza dan antara pelan prabayar dan pasca bayar.
- Memindahkan subsidi kepada pihak ketiga atau ditukar kepada bentuk tunai.
- Menerima subsidi secara pro rata dalam sesuatu bulan.
Sila rujuk kepada laman sesawang syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat terperinci Program Jaringan Prihatin.
Kenyataan Media Terkini Mengenai Program Jaringan Prihatin B40 2021
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.