Semakan status BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) 2021 akhirnya boleh dilakukan di laman portal rasmi BPR bagi mereka yang membuat rayuan pada 15 Jun – 30 Jun 2021.
Sebelum ini Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah membuka permohonan rayuan BPR 2021 bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus BPR 2021; atau pemohon yang berstatus Lulus BPR 2021 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.
Semakan Status BPR 2021
Sebagai makluman, semakan status BPR bagi yang membuat rayuan dan pemohon sedia dibuka mulai 18 September 2021 (Sabtu) melalui laman portal rasmi BPR 2021
Selain daripada laman portal, semakan BPR juga boleh dibuat melalui cara berikut;
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MoF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Cara Membuat Semakan Status BPR 2021 Melalui Portal Rasmi BPR (https://bpr.hasil.gov.my)
- Klik Log Masuk
- Masukkan Nombor MyKad
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Klik Menu Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Jumlah Bayaran BPR Fasa 3 & Rayuan BPR (September 2021)
Untuk BPR Fasa 3, setiap penerima bakal menerima sehingga RM1,400 manakala penerima bayaran Rayuan BPR akan menerima sehingga RM2,300 mengikut kategori kelayakan masing-masing, seperti jadual di bawah;


Sumber: https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021(FAQ)BayaranFasaKedua.pdf
Kategori Bujang
Adalah dimaklumkan bahawa tiada pembayaran bagi kategori bujang untuk fasa tiga kerana peruntukan BPR fasa 3 hanya diberikan bagi fasa pertama dan kedua sahaja.
Jumlah keseluruhan BPR untuk bujang adalah RM350 dan tiada pembayaran untuk fasa 3.

Tarikh Pembayaran BPR Fasa 3
Menurut Perdana Menteri, bayaran bagi BPR fasa 3 dan rayuan BPR dikreditkan mulai 28 September 2021 (SELASA)

Info dan Maklumat Lanjut
Sebarang info dan maklumat lanjut sila lihat laman rasmi portal BPR
Tarikh Kemaskini: 27 September 2021
Soalan Lazim
Mulai 18 September 2021 (Sabtu) melalui laman portal BPR https://bpr.hasil.gov.my/
28 September 2021 (SELASA)
Sila rujuk artikel
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.