KFC dan Pizza Hut Beri Baucar “Beli 1 Percuma 1” Yang Lengkap Vaksin

KFC dan Pizza Hut menawarkan 580,000 hidangan KFC dan Pizza Hut menerusi Baucar “Beli 1 Percuma 1′ dalam menggalakkan rakyat Malaysia mengambil vaksin dengan segera.

Untuk mereka yang sudah lengkap 2 dos vaksin jangan lepaskan peluang ini kerana promosi bagi KFC dan PIZZA Hut ini adalah terhad selama sebulan sahaja untuk dituntut melalui e-Baucar di laman web atau aplikasi masing-masing.

Tempoh Tuntutan

Tempoh tuntutan baucar KFC dan Pizza Hut bagi yang sudah lengkap vaksin ini adalah selama sebulan iaitu dari 16 September hingga 16 Oktober.

Baucar KFC & Pizza Hut Yang lengkap vaksin

Cara Tuntutan e-Baucar bagi Promosi KFC & Pizza Hut Yang Lengkap Vaksin

KFC

Untuk menebus hidangan percuma KFC, pelanggan perlu daftar atau log masuk di https://kfc.com.my/vaksin dan kemudian muat naik imej sijil vaksin untuk mendapatkan e-baucar/kod promo unik yang akan dihantar kepada emel pelanggan.

Layari www.kfc.com.my atau aplikasi, pilih hidangan untuk dibeli, dan masukkan kod promo ketika ‘check out’.

PIZZA HUT

Bagi pesanan Pizza Hut, pelanggan perlu daftar atau log masuk di https://vaksin.pizzahut.com.my.

Muat naik dan sertakan imej sijil vaksin untuk mendapatkan e-baucar/kod promo unik yang akan dihantar ke emel.

Layari www.pizzahut.com.my atau aplikasi, klik laman ‘coupon’, mula pilih dan ubahsuai piza dan pergi ke ‘check out’.

Tawaran ini hanya sah apabila memilih khidmat Pizza Hut Delivery dan Bawa Pulang melalui pesanan atas talian dan ‘walk-in.’

Terma dan Syarat  KFC Snack Plate dengan promosi Beli 1 Percuma 1

• Promosi ini hanya untuk KFC Delivery dan KFC Self Collect

• Pelanggan mesti memenuhi syarat dos lengkap vaksin untuk layak menuntut e-baucar

• Terhad kepada 1 e-baucar untuk setiap pengguna berdaftar

• Butiran pelanggan yang menuntut e-baucar mesti padan dengan butiran sijil digital vaksin

• Butiran dan imej anda hanya untuk tujuan pengesahan dan imej anda akan dipadamkan dalam tempoh 2-3 minit selepas proses pengesahan

• Terhad kepada had tuntutan harian

• Hari terakhir untuk tuntutan 16 Oktober 2021

• E-baucar hanya sah untuk 30 hari dari tarikh penuntutan

• Kod promo mesti digunakan untuk menebus promosi ini dan tidak boleh dipindah milik

• Pesanan Delivery tertakluk kepada caj pemprosesan dan penghantaran

• Promosi tidak sah di restoran atau pusat panggilan

• Promosi tidak sah di Mall of Medini (Legoland)

• Harga adalah termasuk Cukai Perkhidmatan 6% pada yang berkenaan

• Hidangan yang ditunjukkan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja

• Konfigurasi produk berbeza mengikut lokasi dan kaedah pesanan

• Tertakluk pada Terma dan Syarat.

Terma & Syarat Pizza Hut Regular Supreme Beli 1 Percuma Satu

  • Tertakluk pada Terma dan Syarat.
  • Promosi ini hanya untuk Pizza Hut Delivery dan Self Collect untuk pesanan talian dan “Walk In”.
  • Pelanggan mesti memenuhi syarat dos lengkap vaksin untuk layak menuntut e-baucar.
  • Butiran pelanggan yang menuntut e-baucar mesti padan dengan butiran sijil digital vaksin.
  • Butiran dan imej hanya untuk tujuan pengesahan dan imej akan dipadamkan dalam tempoh 2-3 minit selepas proses pengesahan.
  • E-baucar hanya sah untuk 30 hari dari tarikh penuntutan.
  • Untuk terma & syarat penuh sila rujuk di https://vaksin.Pizzahut.com.my/tnc
Scroll to Top