Semakan status permohonan bantuan OKU PEMULIH akhirnya boleh dilakukan di laman portal rasmi khas JKM bagi mereka yang telah memohon bantuan ini.
Sebelum ini Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membuka permohonan bantuan Bantuan Kewangan Khas OKU (Pakej PEMULIH) di laman web JKM dari 19 Julai 2021 sehingga 6 Ogos 2021 yang lalu.
Apa itu Bantuan Kewangan Khas OKU (Pakej PEMULIH)?
Bantuan ini adalah merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu individu OKU (Bukan penerima Bantuan Bulanan JKM) yang terkesan teruk akibat pandemik COVID19 seperti diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji, diarah bercuti tanpa dibayar gaji atau bekerja sendiri.
Semakan Status Permohonan Bantuan OKU PEMULIH
Sebagai makluman, semakan status permohonan ini sudah boleh dibuat di laman portal rasmi khas JKM sebagaimana berikut;
https://okupemulih.jkm.gov.my/
- Masukkan nombor kad pengenalan (12 aksara tanpa simbol)
- Tekan semak
Jumlah Bayaran Bantuan OKU PEMULIH
Kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan RM500 seorang untuk tempoh tiga bulan bagi mereka yang lulus permohonan ini.
Jumlah keseluruhan bantuan adalah RM1500 selama 3 bulan.
Tarikh Pembayaran Bantuan
Pembayaran bagi bantuan ini telah dikreditkan mulai 21 September 2021 ke akaun masing-masing bagi pembayaran pertama bulan September.
Tarikh Pembayaran seterusnya untuk Oktober dan November akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Cara Bayaran Dilakukan
Bayaran dikreditkan ke akaun pemohon yang dinyatakan dalam borang permohonan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) bagi permohonan yang lengkap dan diluluskan sahaja.
Info dan Maklumat Lanjut
Sebarang info dan maklumat lanjut sila lihat laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat
Tarikh Kemaskini: 22 September 2021
Soalan Lazim
Mulai 21 September 2021
https://okupemulih.jkm.gov.my/
RM500 selama 3 bulan
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.