[Terkini] Ramai yang bertanya bilakah tarikh semakan keputusan dan pembayaran rayuan BPR 2021 akan dibuat.
Ini kerana sejak permohonan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat ini ditutup pada 30 Jun yang lalu, keputusan rayuan masih belum diketahui status sama ada lulus atau tidak permohonan rayuan ini.
Ramai yang lulus BPR fasa 1 namun ramai yang tersangkut pembayaran fasa 2 BPR atas sebab-tertentu.
Tarikh Semakan Keputusan Rayuan BPR 2021
Kenyataan Media YB Tengku Zafrul , Menteri Kewangan Berkenaan Semakan Status Kelulusan Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Mulai 18 September 2021 (SABTU).
Semakan status ini boleh dibuat di laman portal BPR;
Pembayaran Rayuan BPR 2021
Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan pada penghujung September 2021 bersekali dengan penerima bayaran BPR Fasa 3.
Siapakah Yang Layak Menerima Pembayaran Rayuan BPR Fasa Kedua?
Mereka yang layak menerima pembayaran rayuan adalah mereka yang bersatuts lulus dalam permohonan rayuan ini yang dibuka permohonan rayuannya pada 15-30 Jun yang lalu.
Jumlah bayaran
Jumlah bayaran yang akan diterima bagi status lulus rayuan berdasarkan beberapa kategori berikut;
- Kategori Isi Rumah
Kategori Bantuan / Pendapatan Kasar Bulanan | Nilai Bantuan Isi RumahBil anak 0 – 1 orang | Nilai Bantuan Isi RumahBil anak 2 orang ke atas |
RM2,500 dan ke bawah | RM 400 | RM 400 |
RM2,501 – RM4,000 | RM 300 | RM 300 |
RM4,001 – RM5,000 | RM 100 | RM 250 |
- Bujang
Jumlah bantuan bujang yang akan diterima adalah RM 200.
Sumber: https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021(FAQ)BayaranFasaKedua.pdf
Cara Semakan
Semakan kelulusan boleh dibuat di laman portal rasmi BPR di pautan berikut : https://bpr.hasil.gov.my/
Cara bayaran
Pembayaran akan dibuat secara pengkreditan ke akaun bank pemohon yang didaftarkan semasa pendaftaran / kemas kini / rayuan BPR 2021.
Sekiranya anda tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa pendaftaran / kemas kini / rayuan BPR 2021, pembayaran adalah seperti berikut:
- Pasangan adalah warganegara dan ada melaporkan maklumat akaun bank – pengkreditan ke akaun pasangan akan dibuat.
- Pasangan tidak melaporkan maklumat akaun bank – pembayaran secara tunai di BSN kepada pemohon.
Info Dan Maklumat Lanjut
Sebarang info dan maklumat lanjut, anda boleh layari laman portal BPR 2021 melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my/
Facebook: https://www.facebook.com/LHDNM
No Telefon Hotline BPR LHDN – 1-800-88-2747
Tarikh Kemaskini: 17 September 2021
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.