Permohonan Bantuan Pelajar IPT 2021 Negeri Sabah (BUDI) RM2000

Kerajaan negeri Sabah mengumumkan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) secara (one-off) sebanyak RM2,000 seorang kepada pelajar dari negeri ini yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, berkata Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) itu disediakan mulai tahun ini dalam usaha meringankan beban keluarga kurang berkemampuan membiayai kos pendidikan anak masing-masing.

Permohonan BUDI hendaklah dibuat secara atas talian (online).

Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon perlu membaca dan memahami syarat dan tatacara permohonan sebagaimana maklumat berikut.

Apa itu Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI)

BUDI merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri Sabah dalam membantu mahasiswa/pelajar dalam kalangan B40 dan M40 untuk melanjutkan pelajaran di IPT.

Bantuan yang diberikan adalah secara one-off  bagi mengurangkan beban kewangan keluarga untuk anak-anak mereka yang memasuki IPT/IPTS di negara ini.

Bantuan-Tunai-Pendaftaran-IPT-BUDI dilanjut sehingga 5 November

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak RM2,000 secara sekali bayar (one-off)

Syarat-syarat dan Kriteria Permohonan

  1. Permohonan terbuka kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pangajian Tinggi Awam/Swasta Tahun 2021 untuk kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia (Sabah, Sarawak dan Semanjung Malaysia) dan diiktiraf oleh kerajaan.
  2. Pemohon hendaklah warganegera Malaysia berasal dari Negeri Sabah, berumur tidak lebih 25 tahun.
  3. Pemohon adalah pelajar yang melanjutkan pengajian diperingkat Sarjana Muda sahaja, 
  4. Ibu dan bapa pemohon atau penjaga adalah tergolong dalam B40 dan M40 dengan pendapatan RM5,000.00 dan ke bawah.
  5. Pelajar yang telah mendapat tajaan Biasiswa/Dermasiswa Kerajaan Negeri atau mana-mana institusi lain adalah tidak layak mendapat bantuan ini.

Tarikh Permohonan & Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan dibuka mulai Mac 2022.

Terkini, tarikh tutup permohonan bantuan ini dilanjutkan sehingga 5 November 2021 (Jumaat).

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman web berikut;

https://budi.sabah.gov.my/login.php

Pertanyaan Tentang Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI)

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai BUDI boleh berhubung dengan; 

  1. Puan Rosni Leong – 088369865
  2. Puan Mary – 088369890, 088369872

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://mttk.sabah.gov.my/

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top