Berita baik buat asnaf-asnaf dan penerima bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Sepanjang tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN), MAIWP mengumumkan penyambungan secara automatik tiga bantuan bulanan untuk penerima bantuan negeri ini.
Penyambungan diberikan secara automatik bagi penerima bantuan kewangan bulanan, sewa rumah bulanan dan bantuan perubatan am yang tamat pada Oktober hingga Disember 2021.
Ia melibatkan penerima asnaf bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Oleh yang demikian, anda tidak perlu hadir ke pejabat untuk tujuan mengisi borang penyambungan ini.
Sebelum ini, MAIWP turut memberikan kemudahan penyambungan secara automatik kepada asnaf-asnaf dan penerima bantuan ini.
Ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melanda negara sejak tahun lepas dan kesukaran untuk hadir ke PPZ bagi urusan tersebut.
Semoga dengan penyambungan automatik bagi tiga bantuan ini dapat mengurangkan bebanan asnaf MAIWP.
Sebarang info lanjut sila layari https://www.maiwp.gov.my/
Sebagai makluman, MAIWP membuka Permohonan Bantuan Am Persekolah Untuk Tingkatan 6 Semester 1 sekolah dalam dan luar Wilayah Persekutuan.
Tarikh tutup permohonan ini adalah pada 15 Oktober 2021.
Ibu/bapa atau penjaga yang ingin memohon bantuan am persekolahan tingkatan 6 semester 1 ini, boleh melihat butiran-butiran di bawah.👇