Permohonan Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 Sem 1 MAIWP

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan baharu bagi permohonan bantuan am persekolahan untuk tingkatan 6 semester 1.

Permohonan baharu ini sama ada untuk mereka yang bersekolah dalam atau pun luar Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan)

Ibu/bapa atau penjaga yang ingin memohon bantuan am persekolahan tingkatan 6 semester 1 ini, boleh melihat butiran-butiran di bawah.

Syarat Permohonan Permohonan Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 Semsester 1 MAIWP

Syarat Umum

  • Beragama Islam
  • Bermaustatin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan masih menetap
  • Tertakluk kepada kiraan had kifayah yang ditetapkan
  • Telah menerima surat tawaran tingkatan 6 semester 1 Tahun 2021

Syarat Khusus

  • Tidak mendapat bantuan/biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan / swasta / yayasan dan lain lain
  • Mendapat sokongan daripada Pengetua / Guru Besar / Guru Baitulmal di sekolah
  • Bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan atau Sekolah Agama Kerajaan Negeri atau Sekolah Agama yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri
  • Pelajar yang bersekolah di Luar wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mesti tinggal di asrama kecuali sekolah yang bersempadanan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (dipertimbangkan sekiranya tidak tinggal di asrama)
Permohonan Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 Semester 1 MAIWP

Tarikh Permohonan 

Permohonan Dibuka Bermula 01 September 2021 Bagi Permohonan Baru Tingkatan Enam Semester 1 Sekolah Dalam Dan Luar Wilayah.

Tarikh tutup bagi permohonan bantuan ini adalah pada 15 Oktober 2021 (Jumaat).

Cara Memohon

Download dan isi maklumat lengkap borang di bawah

Kaedah Penghantaran Borang Permohonan (Baitulmal Kuala Lumpur)

Perkhidmatan pos dan kurier ke alamat : 

Unit Pembangunan Akademik (Bantuan Sekolah)
Aras 22, Bangunan Perkim,
No. 150, Jalan Sultan Azlan Shah,
51200 Kuala Lumpur 

Emelkan ke alamat emel: [email protected]  

Penyerahan di kaunter:
Unit Pembangunan Akademik,
Aras 22, Bangunan PERKIM, KL.

Info dan Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi;

  1. Kuala Lumpur – 019-2008458
  2. Putrajaya – 011-59496216

Sumber: Laman Web dan Facebook MAIWP

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top