[Terkini] Setelah sekian lama menanti, akhirnya Lembaga Hasil Dalam Negeri telah mengumumkan tarikh pembayaran GKP Gagal Kredit bagi pemohon yang menghadapi masalah pembayaran sebelum ini.
Tarikh pembayaran semula kepada penerima sedia ada GKP yang berstatus Gagal Kredit mulai 15 September 2021.
Kemas Kini Maklumat Akaun Bank Untuk Pembayaran GKP Gagal Kredit
Sebagai makluman tarikh kemas kini maklumat akaun bank ini telah pun ditutup.
Ia dibuat di Portal Rasmi GKP https://gkp.hasil.gov.my/ pada 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021.
Bagi penerima yang berstatus Tidak Layak kerana Gagal Kredit bayaran GKP, pembayaran semula kepada penerima yang mengemas kini dalam tempoh yang ditetapkan adalah terhad kepada pembayaran semula bagi program GKP tahun 2021 sahaja.
Maklumat akaun bank yang dikemaskini adalah Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan), berstatus aktif dan berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan baharu pemohon.
Nombor akaun bank yang dimasukkan juga adalah nombor akaun yang boleh digunakan bagi tujuan pengkreditan.
Jumlah dan Tarikh Pembayaran GKP Gagal Kredit
Jumlah dan kadar bayaran bagi GKP yang gagal kredit adalah bergantung kepada kelulusan GKP sebelum ini.
Untuk jumlah keseluruhan GKP, sila lihat infografik di bawah ini;

Pun begitu, pembayaran semula yang akan dilakukan adalah terhad kepada program GKP sepanjang tahun 2021 sahaja.
Ini bermaksud bayaran bagi GKP gagal kredit hanya dilakukan untuk penerima berikut sahaja;
GKP Tambahan | Januari – Mac 2021 (PERMAI) |
GKP 3.0 | Januari – Julai 2021 (PEMERKASA & PEMERKASA+) |
GKP 4.0 | September – November 2021 (PEMULIH) |
Tarikh pembayaran semula kepada penerima sedia ada GKP yang berstatus Gagal Kredit mulai 15 September 2021.
Semakan Status GKP
Pemohon-pemohon GKP yang berstatus lulus dan gagal kredit boleh membuat semakan status ini di laman rasmi Portal Geran Khas Prihatin;
Info dan Pertanyaan lanjut tentang kemas kini status pembayaran GKP?
Sebarang pertanyaan mengenai status pembayaran GKP boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).
Sumber: Portal Geran Khas Prihatin
Soalan Lazim GKP Status Gagal Kredit
Pembayaran semula yang akan dilakukan adalah terhad kepada program GKP sepanjang tahun 2021 sahaja.
Mulai 15 September 2021.
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.