Friday, March 24, 2023
HomeBKCBank Negara Ingatkan Jangan Guna Ejen Untuk Dapatkan BKC

Bank Negara Ingatkan Jangan Guna Ejen Untuk Dapatkan BKC

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memberi peringatan kepada rakyat Malaysia agar tidak tertipu dengan individu yang menyamar sebagai ejen untuk mendapatkan bantuan-bantuan Kerajaan termasuk Bantuan Khas Covid-19 (BKC).

Ada individu yang menyamar dengan meminta butiran peribadi dan maklumat kewangan bagi tujuan tersebut. Bahkan ada juga yang mengenakan bayaran untuk mendapatkannya.

Dalam satu kenyataan ringkas di Facebook, Bank negara memaklumkan;

“Ramai penipu menyamar sebagai ejen dan berjanji kepada anda untuk mendapatkan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) atau bantuan kewangan lain daripada Kerajaan dengan mengenakan bayaran atau meminta butiran peribadi dan maklumat kewangan anda. Jangan terjebak dengan penipuan ini!”

“Bagi BKC, anda boleh menyemak status kelayakan anda melalui bkc.hasil.gov.my. Bantuan akan disalurkan terus ke dalam akaun bank anda yang telah berdaftar dengan Bantuan Prihatin Rakyat atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sekiranya anda tidak mempunyai akaun bank, anda boleh hadir ke kaunter Bank Simpanan Nasional dengan membawa MyKad asal. Semak kelayakan dan seterusnya tunaikan BKC anda di kaunter.”

Jika ragu-ragu, hubungi LHDN melalui 1-800-88-2747. LHDN tidak akan menghantar e-mel atau mesej berkaitan BKC.

Lebih Banyak Bantuan Selepas BKC

Sebelum ini, Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan lebih banyak bantuan akan disalurkan kerajaan kepada rakyat bermula bulan depan.

Antara bantuan yang dijangka selepas ini adalah pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa 3, bayaran GKP 4.0 (RM500), Bantuan Hilang Pekerjaan dan lain-lain yang dijangkakan akan diumumkan pembayarannya dalam masa terdekat ini.

Bantuan-bantuan yang akan disalurkan selepas ini merupakan usaha kerajaan bagi meringankan rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Semoga apa yang diberikan kerajaan hari ini, walaupun mungkin tidak begitu besar tetapi sekurang-kurangnya dapat bantu mengurangkan perbelanjaan ketika ini,” menurut Perdana Menteri.

Semakan BKC, BPR & GKP 4.0

Orang ramai diingatkan untuk membuat semakan kelulusan bagi bantuan-bantuan kerajaan seperti Bantuan Khas Covid-19 (BKC), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Geran Khas Prihatin (GKP) dari laman portal yang sah sahaja.

Semakan untuk BKC boleh dibuat di laman portal rasmi berikut; https://bkc.hasil.gov.my/ 

Bagi BPR pula, semakan boleh dibuat di laman portal https://bpr.hasil.gov.my/ 

Sementara untuk semakan GKP pula adalah https://gkp.hasil.gov.my/ 

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!