Sunday, October 17, 2021
HomeInfo7 Bantuan Dana Bank Negara Malaysia Untuk PKS 2021

7 Bantuan Dana Bank Negara Malaysia Untuk PKS 2021

Dalam menghadapi Pandemik Covid-19, Bank Negara Malaysia (BNM) menyediakan beberapa dana untuk PKS dalam menyokong pemulihan ekonomi dan memelihara kesejahteraan sumber pendapatan rakyat Malaysia.

Dengan adanya dana daripada Bank Negara ini, diharapkan peniaga kecil dan sederhana PKS dapat bertahan sehingga berakhirnya wabak COVID-19 yang melanda Malaysia sejak tahun lepas.

7 Bentuk Bantuan Dana daripada Bank Negara dalam usaha membantu PKS adalah sebagaimana berikut;

1. Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF)

TRRF merupakan kemudahan pembiayaan yang diwujudkan oleh BNM untuk memberikan bantuan dan sokongan pemulihan kepada PKS dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan sejak bulan Jun 2020, kecuali subsektor pelancongan dan subsektor berkaitan pelancongan.

Kriteria kelayakan

PKS Malaysia dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan COVID-19 sejak bulan Jun 2020 (kecuali subsektor pelancongan dan subsektor berkaitan pelancongan) seperti:

  1. Perkhidmatan peribadi (cth. membaiki komputer / barangan isi rumah, dobi, dandanan rambut, kecantikan)
  2. Aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman
  3. Aktiviti kesihatan manusia dan kerja sosial
  4. Seni, hiburan dan rekreasi
  5. Perdagangan borong dan runcit
  6. Perkhidmatan perniagaan (cth aktiviti profesional, saintifik dan teknikal; pentadbiran dan aktiviti perkhidmatan sokongan)

Nota:

  • Penerima Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility, SRF) dan Pembiayaan PKS PENJANA (PENJANA SME Financing, PSF) layak untuk memohon TRRF sehingga had agregat sebanyak RM500,000 bagi setiap PKS.
  • PKS dalam subsektor perkhidmatan pelancongan dan berkaitan pelancongan yang layak boleh memohon pembiayaan di bawah Pembiayaan Pelancongan PENJANA 

Tarikh Tutup Permohonan

Kemudahan ini tersedia hingga 31 Disember 2021 atau setelah peruntukan digunakan sepenuhnya (mana-mana yang lebih awal).

Cara Permohonan

Sila lihat soalan lazim Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF) dari laman web Bank Negara Malaysia.

https://www.bnm.gov.my/documents/20124/2294076/TRRF_FAQ_bm.pdf

2. Kemudahan Teknologi Tinggi – Aspirasi Pelaburan Nasional (HTF-NIA)

Apakah Kemudahan Teknologi Tinggi – Aspirasi Pelaburan Nasional (High Tech Facility – National Investment Aspirations, HTF- NIA)?

HTF-NIA merupakan kemudahan pembiayaan yang diwujudkan oleh BNM untuk membantu PKS berteknologi tinggi dan berorientasikan inovasi serta paling terselaras dengan matlamat pembangunan jangka panjang strategik yang terdapat dalam Aspirasi Pelaburan Nasional (National Investment Aspirations, NIA)1. Langkah ini penting bagi memperkukuh kedudukan daya saing Malaysia dalam rantaian nilai global, memelihara ekosistem rantaian penawaran dan melindungi pekerjaan berkemahiran tinggi.

Berapa Jumlah pembiayaan maksimum dan tempoh pembiayaan untuk PKS di bawah HTF-NIA? 

PKS yang layak boleh mendapatkan pembiayaan:

  • Sehingga RM1 juta bagi setiap PKS untuk modal kerja; atau
  • Sehingga RM5 juta bagi setiap PKS untuk perbelanjaan modal atau gabungan modal kerja dan perbelanjaan modal

Tempoh pembiayaan adalah sehingga 7 tahun 

Syarat dan Cara Memohon

Sila lihat soalan lazim Kemudahan Teknologi Tinggi – Aspirasi Pelaburan Nasional  dari lamab web Bank Negara Malaysia.

https://www.bnm.gov.my/documents/20124/2294076/FAQ-HTF-BM.pdf?s=1

3. Kemudahan Automasi dan Digital PKS (SME Automation and Digitalisation Facility, ADF) 

Apa itu ADF?

ADF merupakan kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh BNM untuk menggalakkan PKS mengautomasikan proses dan mendigitalkan operasi untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan

Siapa yang layak memohon ADF?

Semua PKS Malaysia (Pegangan saham oleh warganegara Malaysia sekurang-kurangnya sebanyak 51% dan seperti yang ditakrifkan oleh SME Corp (mengikut Garis Panduan Mengenai Definisi Baharu PKS yang dikeluarkan oleh SME Corp yang boleh diakses https://www.smecorp.gov.my/images/pdf/2020/Guideline-SMEDefinition_updated.pdf)

Jumlah dan Tempoh Pembiayaan Maksimum?

Sehingga RM3 juta bagi setiap PKS dan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.

Kriteria Kelayakan

PKS* Malaysia yang memenuhi kriteria berikut:

•   Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa/pejabat daerah di Sabah and Sarawak atau badan pentauliahan bagi penyedia perkhidmatan professional.

•   Saham PKS yang dimiliki Syarikat Awam Tersenarai dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (jika ada) tidak melebihi 20%.

•   Warganegara Malaysia bermastautin di Malaysia dengan pegangan saham minimum sebanyak 51% dalam PKS tersebut.

Cara Memohon

Bagi mereka yang ingin memohon Dana Bank Negara PKS untuk Kemudahan Automasi dan Digital PKS ini, sila lihat di laman web Bank negara melalui pautan berikut;

https://www.bnm.gov.my/documents/20124/2294076/ADF_FAQ_BM.pdf

4. Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF)

Objektif bantuan ini ialah untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan tanpa cagaran untuk perusahaan/ usahawan mikro, termasuk individu yang bekerja sendiri dan pekerja sambilan (gig workers) yang menggunakan platform digital.

Kriteria Kelayakan

  • Perusahaan mikro* mengikut definisi PKS yang diluluskan oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (MPUPK); atau
  • Usahawan mikro Malaysia termasuk individu yang bekerja sendiri, pekerja sambilan (gig workers) yang menggunakan platform digital dan peserta program i-TEKAD

Pembiayaan akan ditawarkan di bawah Skim Pembiayaan Mikro tanpa cagaran. Sila memohon terus kepada institusi kewangan peserta di bawah Skim Pembiayaan Mikro 

Tempoh Pembiayaan sehingga 5 tahun.

Prosedur Permohonan

Hantar permohonan terus kepada institusi kewangan peserta dan kelulusan tertakluk pada penilaian kredit institusi kewangan peserta.

5. Kemudahan untuk Semua Sektor Ekonomi (AES)

Objektif dana ini ialah untuk meningkatkan akses PKS kepada pembiayaan untuk semua sektor ekonomi, bagi menyokong pertumbuhan.

Kriteria Kelayakan

PKS Malaysia yang memenuhi kriteria berikut:

  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa/pejabat daerah di Sabah and Sarawak atau badan pentauliahan bagi penyedia perkhidmatan professional.
  • Saham PKS yang dimiliki Syarikat Awam Tersenarai dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (jika ada) tidak melebihi 20%.
  • Warganegara Malaysia bermastautin di Malaysia dengan pegangan saham minimum sebanyak 51% dalam PKS tersebut. 

Jumlah Pembiayaan Maksimum

RM 5 juta

Tempoh Pembiayaan Maksimum

Sehingga 5 tahun

Prosedur Permohonan

Permohonan dikemukakan terus kepada IKP dan kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada penilaian kredit oleh setiap IKP.

6. Kemudahan Pertanian Pemakanan (AF)

Kemudahan Dana Bank Negara yang ditawarkan untuk PKS ini adalah bagi meningkatkan pengeluaran makanan untuk Malaysia dan dieksport.

Ia bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran agromakanan negara dan untuk eksport. 

Kriteria Kelayakan

PKS Malaysia yang memenuhi kriteria berikut:

  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa/pejabat daerah di Sabah and Sarawak atau badan pentauliahan bagi penyedia perkhidmatan professional.
  • Saham PKS yang dimiliki Syarikat Awam Tersenarai dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (jika ada) tidak melebihi 20%.
  • Warganegara Malaysia bermastautin di Malaysia dengan pegangan saham minimum sebanyak 51% dalam PKS tersebut. 

Tempoh Pembiayaan Maksimum

Sehingga 8 tahun.

Prosedur permohonan 

Permohonan dikemukakan terus kepada IKP dan kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada penilaian kredit oleh setiap IKP.

7. Pembiayaan Pelancongan PENJANA

Dana Bank Negara yang ditawarkan ini bertujuan menyokong PKS dalam SEKTOR PELANCONGAN melalui usaha mengekalkan keupayaan mereka dan membantu mereka membuat pelaburan yang diperlukan agar syarikat dapat melakukan perubahan dan kekal berdaya maju semasa pandemik COVID-19.

Sektor Yang Layak

  1. Sektor Perlancongan Teras
    1. Premis perniagaan perlancongan (Contoh; hotel bajet, inap desa berdaftar, chalet dan rumah penginapan).
    2. Agensi perlancongan dan operator perlancongan
    3. Pengangkutan untuk pelancong (contoh, operator bas, bot dan kereta sewa)
  2. Sektor Berkaitan Perlancongan
    1. Pelancongan perubatan
    2. Ekosistem Mesyuarat, Insentif, Persidangan, Pameran (Meetings, Incentives, Conferences, Exhibitions, MICE)
    3. Perniagaan perkhidmatan kewangan – untuk pengendali pertukaran wang yang berurusan terutamanya dengan pelancong ke dalam dan keluar negeri
    4. Institusi bina upaya yang ditubuhkan terutamanya untuk menyediakan kursus/latihan berkaitan dengan pelancongan
    5. Perniagaan runcit, rekreasi dan kesihatan berkaitan pelancongan yang boleh membuktikan pergantungan mereka yang besar terhadap pelancong

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan untuk mendapatkan kemudahan ini dibuka hingga 31 Disember 2021 atau peruntukan digunakan sepenuhnya (mana-mana yang lebih awal).

Sumber: Bank Negara Malaysia

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2021

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments