Monday, June 5, 2023
HomeInfoTarikh Bayaran i-Citra Bulan Oktober 2021

Tarikh Bayaran i-Citra Bulan Oktober 2021

[Pengumuman Penting] Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan tarikh bayaran i-Citra bagi bulan Oktober 2021 akan dibuat bermula 1 Oktober 2021.

Bagi mereka yang membuat permohonan awal i-Citra, ini merupakan bayaran kali ketiga yang diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada orang ramai yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Menurut KWSP, pengkreditan amaun ke akaun bank ahli mengambil masa 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank masing-masing.

Semakan Status Terkini Bayaran 

Ahli-ahli dinasihatkan membuat semakan status terkini bayaran di portal rasmi i-Citra melalui i-Akaun (Ahli) https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login 

Hanya 4 langkah mudah:

1. Daftar i-Akaun di mana-mana kios KWSP

(Sila lihat pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks)

2. Log masuk i-Akaun, masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID Pengguna dan kata laluan sementara diterima melalui SMS

3. Cipta ID Pengguna, kata laluan dan frasa rahsia

4. Setelah pengaktifan berjaya, log semula ke i-Akaun dan sahkan nombor TAC yang telah didaftarkan!

Dengan i-Akaun, anda boleh mengemaskini profil peribadi, semak status penamaan dan kelayakan pengeluaran, mendaftar Simpanan Shariah, menyemak penyata dan rekod caruman ahli serta majikan.

Semuanya di hujung jari. Jom daftar i-Akaun dengan hanya 4 langkah mudah di atas!

Permohonan i-Citra

Namun, mereka yang ingin memohon i-Citra, permohonan telah ditutup pada 30 September 2021 yang lalu melalui portal icitra.kwsp.gov.my

Siapa Yang Layak Memohon i-Citra?

  1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Info dan Maklumat Lanjut Mengenai i-Citra

Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran i-Citra:

  1. Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  2. Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  3. Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
  4. Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!