Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 3 Mulai 28 September

[TERKINI] Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 28 September ini secara berperingkat dan dijangka selesai pada 30 September 2021.

Bayaran BPR Fasa 3 dan BPR Rayuan Mulai 28 September 2021

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan BPR Fasa 3  akan memanfaatkan 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang diluluskan membabitkan peruntukan RM2.82 bilion.

Menurut Perdana Menteri, untuk fasa 3, setiap penerima bakal memperoleh sehingga RM1,400, manakala penerima bayaran rayuan BPR akan menerima sehingga RM2,300 termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai sehingga RM500 bagi setiap penerima, mengikut kategori kelayakan masing-masing iaitu berdasarkan status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah dan bilangan anak.

“Pembayaran fasa tiga ini adalah penyaluran penuh baki nilai yang sepatutnya diterima penerima BPR dan rayuan BPR untuk meringankan beban mereka.”

“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sentiasa terbela.

“Antara lain, beberapa bantuan tunai seperti Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) akan diberikan kepada penerima yang layak. Pembayaran bantuan itu dijadual akan disalurkan pada Oktober hingga Disember 2021.

“Penerangan lanjut berhubung pembayaran BPR Fasa Tiga ini akan diperincikan oleh Kementerian Kewangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semakan Status BPR Fasa 3

Sebagai makluman, semakan status BPR bagi yang membuat rayuan dan pemohon sedia telah dibuka mulai 18 September 2021 (Sabtu) melalui laman portal rasmi BPR 2021

https://bpr.hasil.gov.my/

Selain daripada laman portal, semakan BPR juga boleh dibuat melalui cara berikut;

  1. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  2. Hubungi MoF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  3. Hadir ke LHDNM yang berhampiran 

Cara Membuat Semakan Status BPR 2021 Melalui Portal Rasmi BPR (https://bpr.hasil.gov.my

  1. Klik Log Masuk
  2. Masukkan Nombor MyKad
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan kata laluan
  5. Klik Menu Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan
    1. Status Permohonan
    2. Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Jumlah Bayaran BPR Fasa 3 & Rayuan BPR (September 2021)

Untuk BPR Fasa 3, setiap penerima bakal menerima sehingga RM1,400 manakala penerima bayaran Rayuan BPR akan menerima sehingga RM2,300 mengikut kategori kelayakan masing-masing, seperti jadual di bawah;

Jumlah Bayaran BPR Fasa 3 & Rayuan BPR (September 2021)

Kategori Isi rumah Untuk Pembayaran BPR Fasa 3

  • Isi rumah <2500 (Kurang dari 1 anak) – RM500 
  • Isi rumah <2500 (2 anak ke atas) – RM1100
  • Isi Rumah >2501 – 4000 (Kurang dari 1 anak) – RM200 
  • Isi Rumah >2501 – 4000 (2 anak ke atas) – RM600
  • Isi Rumah >4001 – 5000 (0-1 anak berumur 60 ke atas) – RM200
  • Isi Rumah >4001 – 5000 (Kurang dari 1 anak) – RM100 
  • Isi Rumah >4001 – 5000 (2 anak ke atas) – RM200
Jumlah Bayaran BPR Fasa 3 ke atas
Jadual ini adalah untuk rujukan pembayaran BPR Fasa 3 Bukannya untuk bayaran rayuan BPR

Sumber: https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021(FAQ)BayaranFasaKedua.pdf 

Kategori Bujang

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pembayaran bagi kategori bujang untuk fasa tiga kerana peruntukan BPR fasa 3 hanya diberikan bagi fasa pertama dan kedua sahaja.

Jumlah keseluruhan BPR untuk bujang adalah RM350 dan tiada pembayaran untuk fasa 3.

Bujang Tiada Pembayaran Fasa 3

Kenyataan Media Perdana Menteri Mengenai Pembayaran BPR Fasa 3

Soalan Lazim

Siapa Yang Layak Menerima BPR Fasa 3?

Mereka yang lulus sebagaimana dalam semakan status BPR di portal – https://bpr.hasil.gov.my/ 

Berapa Jumlah Bayaran?

Sila lihat jadual dalam artikel ini.

Bilakah Tarikh Pembayaran BPR Fasa 3

Mulai 28 September 2021 (Selasa) secara berperingkat.

Adakah Kategori  Bujang Dapat BPR Fasa Ketiga?

Tiada pembayaran untuk fasa 3 bagi bujang kecuali mereka yang lulus rayuan BPR

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top