Thursday, September 21, 2023
HomeBantuan IPTBantuan RM300 MR DIY Melalui E-Wallet Touch N GO Kepada Pelajar UM

Bantuan RM300 MR DIY Melalui E-Wallet Touch N GO Kepada Pelajar UM

Bantuan RM300 MR DIY Melalui E-Wallet Touch N GO Kepada Pelajar UM | Pelajar Universiti Malaya (UM) yang bakal kembali ke kampus pada Oktober ini akan menerima bantuan kredit tunai RM300 daripada MR D.I.Y. menerusi program Program #DIY4UM untuk membantu mereka membeli barangan keperluan.

Program itu adalah sebahagian daripada usaha sama strategik di antara MR D.I.Y dan Touch ‘n Go yang telah dimeterai.

Mengenai Kempen #DIY4UM 

Program ini bertujuan untuk membantu pelajar membuat persiapan kembali ke kampus dengan lancar. Pembukaan semula kampus adalah satu perkara yang penting untuk pelajar universiti.

Melalui bantuan ini pelajar dapat mempersiapkan diri dengan barangan keperluan pembelajaran, peralatan perlindungan bagi mencegah Covid-19 dan pelbagai barangan alat tulis di cawangan-cawangan MR D.I.Y serta platform dalam talian menggunakan kredit tunai yang diberikan.

Pelajar juga bakal menikmati promosi pulangan tunai eksklusif sebanyak RM10 apabila mereka membuat perbelanjaan minimum sebanyak RM20 di cawangan-cawangan jenama MR D.I.Y. Group, platform e-dagang https://www.mrdiy.com.my/  atau melalui mini program MR D.I.Y yang boleh didapati pada Touch ‘n Go eWallet

Cara Memohon

Pelajar  UM yang layak (Ijazah Pertama) menerima bantuan ini  perlu mendaftar secara dalam talian melalui Portal Maya UM untuk membuktikan mereka mempunyai e-wallet Touch ‘n Go yang sah.

Langkah-langkah untuk pendaftaran

1. Hantar permohonan anda di portal maya UM melalui pautan berikut;

https://maya.um.edu.my/sitsvision/wrd/siw_lgn

2. Aktif dan sahkan Touch ‘n Go eWallet

3. Claim RM300 melalui Touch ‘n Go eWallet

Bantuan RM300 MrDiy Untuk Pelajar UM

Kaedah Pembayaran

Bantuan tunai itu akan diberikan kepada pelajar melalui Touch ‘n Go eWallet mereka menerusi tiga kali bayaran sebanyak RM100 selama 3 bulan berturut-turut pada tarikh berikut;

Pembayaran 1 (RM100): 1 Nov 2021

Pembayaran 2 (RM100): 30 November 2021

Pembayaran 3 (RM100): 30 Disember 2021

Tarikh Tutup Permohonan

Bantuan Mr DIY kepada pelajar Ijazah Pertama UM ini ditutup pada 3 Oktober 2021. 

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila layari: https://bit.ly/3EN0Hp2

*Tertakluk terma dan syarat.

Sumber: Facebook MR DIY dan Laman web MR DIY

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!