Sunday, October 1, 2023
HomeBantuan Prihatin RakyatBayaran BPR Tambahan Bagi Rayuan BPR Mulai 4 Oktober (Selain BSN)

Bayaran BPR Tambahan Bagi Rayuan BPR Mulai 4 Oktober (Selain BSN)

Tarikh dan Jumlah Bayaran BPR Tambahan bagi Rayuan BPR | Penerima rayuan BPR ramai yang bertanya jumlah yang dikreditkan dalam akaun tidak sama dengan jumlah yang  diluluskan dalam rayuan BPR pada September yang lepas.

Sebagai makluman, portal rasmi BPR telah membuat pengumuman terkini mengenai pembayaran BPR Tambahan (PEMERKASA+). Berikut adalah maklumat penting yang perlu anda tahu.

Apa itu BPR Tambahan?

BPR Tambahan ialah penambahbaikan BPR 2021 dengan tambahan nilai bantuan melalui program PEMERKASA Tambahan (PEMERKASA+) bagi meneruskan agenda prihatin rakyat.

Berapa Jumlah Bayaran Yang Diterima?

Jumlah yang diterima adalah mengikut kategori berikut;

RM500 – Kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500

RM300 – Isi rumah dengan pendapatan RM2,501 – RM5,000

RM100 – Bujang / Ibu Bapa Tunggal tiada anak berumur 60 tahun dan ke atas dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah

RM100 – Bujang berumur 59 tahun dan ke bawah dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah

Jumlah Bayaran BPR Tambahan

Siapa Yang Dapat BPR Tambahan kali ini?

Untuk makluman, BPR Tambahan diberikan kepada semua penerima BPR 2021 yang berkelayakan sekali sahaja. 

Pembayaran ini telah dibuat pada penghujung Jun 2021 yang lalu.

Namun bagi mereka yang lulus dalam rayuan BPR, akan dibayar tunggakan BPR ini pada September/Oktober 2021.

Semakan Status BPR Tambahan

Anda boleh membuat semakan BPR tambahan ini di portal rasmi BPR iaitu

https://bpr.hasil.gov.my

Anda boleh membuat semakan pada MyBPR > Semakan Status > Maklumat Pembayaran bagi Fasa Ketiga / Rayuan BPR 2021.

Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut: 

  1. Nombor Pengenalan Akaun dikredit 
  2. Nama Penerima 
  3. Fasa Pembayaran 
  4. Jumlah dikredit
  5. Status Kredit 
  6. Nama Bank 
  7. Nombor Akaun Bank
Semakan Status Jumlah bayaran BPR Tambahan

Tarikh Bayaran BPR Tambahan Kali ini

  • Ada akaun (BSN) – bayaran mulai 28 September 2021 secara berperingkat
  • Ada akaun (Selain BSN) bayaran mulai 4 Oktober secara berperingkat
  • Tiada Akaun – Penunaikan di kaunter Bank SImpanan Nasional (BSN) mulai 4 Oktober
Tarikh Pembayaran BPR Tambahan September & Oktober 2021

Sebagai makluman penerima BPR juga adalah layak menerima Bantuan Khas Covid 19 (BKC).

Bayaran fasa seterusnya bagi BKC adalah pada November dan Disember 2021.

Tarikh sebenar pembayaran akan dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan selepas ini.

Info dan maklumat lanjut

Untuk sebarang info dan maklumat lanjut berkaitan bayaran tambahan ini, sila rujuk di saluran berikut:

  • Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!