Thursday, May 25, 2023
HomeBKCSemakan dan Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) PEMULIH 2021

Semakan dan Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) PEMULIH 2021

Perdana Menteri pada 1 September lepas telah mengumumkan tarikh dan jumlah bayaran bagi Bantuan Khas Covid-19 fasa 1 yang tertangguh sejak Ogos lepas.

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) merupakan salah satu daripada bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 28 Jun yang lalu di bawah Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

BKC juga merupakan antara tiga bantuan tunai langsung yang diumumkan oleh Perdana Menteri selain daripada Bantuan Prihatin Rakyat dan Bantuan Kehilangan Pendapatan bagi meneruskan kelangsungan hidup pada hari-hari yang mendatang.

Baca Juga: Pemulih 2021: Senarai Bantuan Kerajaan Untuk Golongan B40

​Bantuan ini dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak 4.6 bilion ringgit.

Apa itu Bantuan Khas Covid-19 (BKC)?

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021. 

Syarat dan Kelayakan BKC

Mereka yang layak menerima BKC adalah dalam kalangan tiga kategori iaitu;

  1. Miskin tegar, 
  2. Golongan B40 dan 
  3. Golongan pertengahan M40 yang 

Kelayakan ini akan diberikan berdasarkan 3 klasifikasi utama iaitu;

  1. Isi rumah
  2. Warga Emas sebatang kara (WE)
  3. Individu bujang

* Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah berdasarkan syarat kelayakan BPR 2021 dan juga pembayar cukai pendapatan (LHDNM).

Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Untuk bantuan ini, tidak ada permohonan yang perlu dikemukakan oleh penerima. Ini kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data-data kerajaan yang sedia ada di bawah agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Semak silang bagi penerima akan dibuat melalui data berikut;

BilKategori PenerimaData Bantuan
1.Miskin TegarPermohonan BPR 2021 yang didaftar secara automatik daripada data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan eKasih.
2.B40Permohonan BPR 2021
3.M40Percukaian (LHDNM)

BKC 2021 Semakan Status

Sebagai makluman, semakan status BKC dibuka mulai 6 September 2021 (Isnin) melalui laman portal khas BKC iaitu

https://bkc.hasil.gov.my/

Semakan Status BKC 2021

Kriteria Semakan Kelayakan Bantuan Khas Covid-19

Kriteria semakan kelayakan BKC adalah seperti berikut:

Kelayakan Penerima BKC

Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima

Berdasarkan pengumuman Perdana Menteri yang lepas, pemberian Bantuan Khas COVID-19 atau BKC dengan kadar dan kategori seperti berikut: ​

  1. Pertama, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak 500 ringgit pada bulan September, 500 ringgit pada bulan November, dan 300 ringgit pada bulan Disember. Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak 200 ringgit pada bulan September dan 300 ringgit pada bulan November;
  2. Kedua, isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 500 ringgit pada bulan September dan 300 ringgit pada bulan Disember. Manakala bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 200 ringgit pada bulan September; dan
  3. Ketiga, isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak 250 ringgit, manakala bujang kategori M40 akan menerima 100 ringgit pada bulan September

Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang jumlah pembayaran yang akan diterima, lihat pada infografik di bawah;

Jumlah Bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) 2021

Tarikh dan Jadual Pembayaran BKC Fasa 1, Fasa 2 & Fasa 3

Bayaran BKC fasa 1 akan mula disalurkan mulai 6 September ini dengan amaun bayaran berdasarkan jadual di bawah;

Jadual Fasa Pembayaran BKC

Kaedah Pembayaran

Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut: 

Miskin Tegar – Melalui akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021 

B40 Melalui akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021 

M40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian 

Semakan Kelayakan Status Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Semakan status kelayakan BKC boleh dibuat di laman rasmi portal Bantuan Khas Covid-19

https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?

Info dan Maklumat Lanjut;

Sebarang info dan maklumat terkini boleh merujuk laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dan pengumuman semasa oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Hal-hal lain berkaitan Bantuan Khas Covid-19

S: Pasangan saya adalah penerima BPR 2021 tetapi telah meninggal dunia. Adakah permohonan pasangan saya masih layak untuk menerima BKC?


J: Sekiranya penerima BPR 2021 telah meninggal dunia, pembayaran BKC akan dibuat kepada pasangan yang dilaporkan pada Permohonan BPR 2021. Pembayaran adalah secara pengkreditan ke akaun pasangan yang telah dilaporkan atau secara tunai di BSN jika tidak melaporkan maklumat akaun bank.

S: Saya memohon BPR 2021 tetapi berstatus tidak lulus, adakah saya layak menerima BKC?

J: Permohonan tuan akan disemak silang dengan data percukaian dan penetapan kategori penerima BKC akan ditentukan berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah dan kelayakan untuk menerima BKC.

S: Permohonan BPR 2021 saya telah lulus dengan status Bujang tetapi saya telah membuat rayuan dengan status berkahwin, adakah saya layak menerima BKC sebagai isi rumah?

J: Klasifikasi pembayaran BKC adalah berdasarkan status perkahwinan yang dilaporkan semasa kelulusan permohonan BPR 2021. Sekiranya tuan ada membuat rayuan BPR 2021 dengan perubahan status kahwin, pembayaran BKC akan dibuat dengan klasifikasi (Isi Rumah / Bujang) yang terkini jika rayuan BPR 2021 berstatus lulus.

S: Permohonan BPR 2021 saya tidak lulus disebabkan pendapatan melebihi syarat kelayakan. Saya ada membuat rayuan BPR 2021 kerana saya telah tidak bekerja. Adakah saya layak menerima BKC sebagai kategori B40?

Permohonan tuan akan disemak silang dengan data percukaian dan penetapan kategori penerima BKC akan ditentukan berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah dan kelayakan untuk menerima BKC. Sekiranya Rayuan BPR 2021 lulus, pembayaran BKC akan dibuat berdasarkan kategori BKC (Miskin tegar / B40 / M40) yang terkini.

S: Saya adalah penerima Geran Khas Prihatin (GKP). Adakah saya layak menerima BKC?

Penerima GKP tidak layak untuk menerima BKC.

Tarikh Kemaskini: 5 September 2021

Soalan Lazim

Apa Itu Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021. 

Berapa jumlah bayaran?

Jumlah bayaran keseluruhan adalah mengikut kategori berikut;

Miskin tegar isi rumah – RM1300
Miskin tegar warga emas sebatang kara – RM500
Miskin tegar bujang – RM500

B40 isi rumah – RM800
B40 warga emas sebatang kara – RM200
B40 bujang – RM200

M40 isi rumah – RM250
M40 warga emas sebatang kara – RM100
M40 bujang – RM100

Bilakah Tarikh Bayaran Akan Dibuat?

Pembayaran akan disalurkan mulai 6 September untuk fasa satu BKC

Adakah saya layak menerima bayaran ini?

Kelayakan penerima adalah melalui data kerajaan melalui data bantuan BPR 2021 dan rekod percukaian LHDNM

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!