Pemulih 2021: Senarai Bantuan Kerajaan Untuk Golongan B40

Dalam usaha meneruskan agenda prihatin rakyat, Perdana Menteri pada 28 Jun 2021 yang lalu telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi atau PEMULIH.

Antara mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan PKP ialah golongan B40 dan juga usahawan kecil akibat impak wabak ini.

Oleh yang demikian, beberapa inisiatif Pemulih 2021 dapat dimanfaatkan oleh golongan B40 bagi memastikan kelangsungan hidup pada masa-masa akan datang.

Senarai Bantuan PEMULIH 2021 untuk B40

Terdapat beberapa senarai peruntukan bantuan untuk B40 sebagaimana yang diumumkan oleh Tan Sri Muhdyiddin dalam pakej PEMULIH 2021.

Daripada senarai peruntukan tersebut, beberapa bantuan yang dilihat menjadi tumpuan bagi rakyat di bawah kategori B40 adalah sebagaimana berikut;

  1. Bantuan Khas Covid-19 (BKC)
  2. Bantuan Kehilangan Pendapatan
  3. Elaun Mencari Pekerjaan
  4. Program bakul makanan
  5. Rebat elektrik pengguna domestik (Diskaun 5-40% Bil Letrik)
  6. 1GB Data Internet Percuma Setiap Hari Sehingga 31 Disember
  7. Geran Khas Prihatin 4.0
  8. Program Subsidi Upah 4.0
  9. Bantuan Khas Golongan OKU
  10. Program I-Citra
  11. Moratorium 6 Bulan Tanpa Syarat

1. Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021. 

Mereka yang layak menerima BKC adalah dalam kalangan tiga kategori iaitu;

  1. miskin tegar, 
  2. golongan B40 dan 
  3. golongan pertengahan M40 yang 

Kelayakan ini akan diberikan berdasarakan 3 klasifikasi utama iaitu;

  1. Isi rumah
  2. Warga Emas sebatang kara (WE)
  3. Individu bujang

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah sebagaimana berikut;

Jumlah Bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) 2021

Untuk maklumat lanjut sila lihat;

Semakan dan Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) PEMULIH 2021

2. Bantuan Kehilangan Pendapatan

Bantuan Kehilangan Pendapatan merupakan salah satu daripada senarai bantuan kerajaan untuk golongan B40 bagi mereka yang kehilangan pendapatan akibat pandemik Covid-19 

Ia bertujuan membantu mereka yang terjejas bagi meneruskan kelangsungan hidup pada bulan-bulan mendatang serta hasrat kerajaan dalam memfokuskan serta meneruskan agenda prihatin rakyat.

Bantuan ini akan disalurkan pada bulan Oktober 2021.

Maklumat lanjut, sila lihat;

Semakan Bantuan Kehilangan Pendapatan RM500 Tahun 2021 PEMULIH

3. Elaun Mencari Pekerjaan

Menerusi Belanjawan 2021, Kerajaan telah memperkenalkan bantuan kewangan SIP Prihatin menerusi Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) untuk membantu pekerja yang mencarum dengan PERKESO dan kehilangan pekerjaan meneruskan kelangsungan hidup serta mendapatkan peluang pekerjaan baharu. 

Kini, bantuan segera ini turut diperluaskan kepada golongan bukan pencarum PERKESO termasuk graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal.

Dalam pengumuman pakej PEMULIH, Perdana Menteri memaklumkan;

“Kerajaan juga akan memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal. Mereka bolehlah mendaftar di bawah platform MYFutureJobs dan bakal menerima elaun sekurang-kurangnya 300 ringgit”

Tan Sri Muhyiddin Yasin – 28 Jun 2021

Pencari kerja juga perlu menghadiri sekurang-kurangnya tiga temuduga dalam sebulan, sama ada secara fizikal atau dalam talian bagi melayakkan mereka menerima insentif EMP sebanyak RM300 sebulan selama tempoh 2 bulan. 

Sekiranya pencari kerja berjaya memperoleh pekerjaan melalui portal MYFutureJobs, insentif tambahan sebanyak RM400 akan diberikan kepada mereka

Untuk info lanjut;

RM300 Elaun Mencari Pekerjaan PERKESO Daftar Melalui MYFutureJob

4. Bantuan Program Bakul Makanan Melalui Ahli Parlimen

Kerajaan bersetuju memperuntukkan sebanyak 300 ribu ringgit kepada setiap ahli Parlimen untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas di kawasan masing-masing. 

Pedana Menteri memaklumkan dalam ucapan PEMULIH 2021; 

“Dalam soal menyampaikan bantuan kepada rakyat, saya mengambil sikap untuk mengetepikan perbezaan politik. Baik Ahli Parlimen Kerajaan atau Pembangkang, semuanya mestilah memikul tanggungjawab bersama untuk membantu rakyat di kala ramai yang sedang menanggung kesusahan.”

Tan Sri Muhyiddin Yasin – 28 Jun 2021

Sekiranya anda memerlukan bantuan bakul makanan atau barang dapur ini boleh menghubungi Pusat Khidmat Parlimen masing-masing.

Senarai Nombor Telefon Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen

5. Rebat Elektrik Pengguna Domestik (Diskaun 5-40% Bil Letrik)

Pengguna domestik di negara ini akan menerima diskaun bil elektrik TNB sehingga 40% selama 3 bulan mulai Julai hingga September 2021.

Pelanggan akan melihat diskaun ini tertera dalam bil elektrik mulai bil bertarikh 15 Julai ini dan bagi pelanggan yang menerima bil bertarikh antara 1 hingga 14 Julai, diskaun bulan Julai akan dimasukkan ke dalam bil bulan Ogos 2021.

Untuk maklumat lanjut lihat;

Diskaun Bil Elektrik TNB Sehingga 40% (Domestik) Selama 3 Bulan

6. 1GB Data Internet Percuma Setiap Hari Sehingga 31 Disember


Kerajaan meneruskan pemberian data internet percuma 1GB bagi hampir semua aktiviti harian,termasuklah bagi pembelajaran, bekerja dari rumah, pembelian barangan secara dalam talian dan perkhidmatan Kerajaan serta swasta,

Dalam ucapan PEMULIH 2021, Perdana Menteri mengumumkan;

“​​​​Sehubungan itu, sukacita saya mengumumkan, syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara telah bersetuju untuk melanjutkan pemberian 1 gigabit data harian secara percuma sehingga 31 Disember 2021. Kemudahan ini yang dianggarkan bernilai 500 juta ringgit bakal memanfaatkan 44 juta pelanggan berdaftar di seluruh negara.”

Tan Sri Muhyiddin Yasin – 28 Jun 2021

Lihat cara tebus Data Internet 1GB setiap hari;

Cara Claim Data Internet Percuma 1GB Setiap Hari Sehingga 31 Dis

7. Geran Khas Prihatin 4.0

GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 & GKP 3.0 berjumlah RM1,000. 

Bayaran akan dibuat sebanyak 2 kali iaitu pada  September sebanyak RM500 dan  November sebanyak RM500 bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Maklumat dan info lanjut tengan syarat dan kelayakan, sila lihat pautan berikut;

Semakan dan Permohonan Baru Geran Khas Prihatin (GKP 4.0 PEMULIH)

Lihat panduan step by step ini untuk memohon GKP 4.0;

Panduan dan Cara Memohon Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) 2021

8. Program Subsidi Upah 4.0

PSU adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan.

Tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 serta penutupan operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan. 

Program Subsidi Upah 4.0 PEMULIH boleh dipohon mulai 1 Ogos 2021 – 31 Oktober 2021.

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan;

Permohonan Program Subsidi Upah 4.0 (PSU 4.0) PERKESO

9. Bantuan Khas Golongan OKU

Bantuan Khas Golongan OKU merupakan antara inisiatif khas untuk OKU B40 yang diumumkan dalam PEMULIH 2021.

Kerajaan menyediakan bantuan tunai RM500 kepada orang kurang upaya (OKU) yang kehilangan pekerjaan atau ketiadaan kerja, untuk tempoh tiga bulan.

“Bagi membantu golongan kurang upaya yang kehilangan pekerjaan atau ketiadaan kerja serta bukan penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat sedia ada, kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan RM500 seorang untuk tempoh tiga bulan,”

Tan Sri Muhyiddin Yasin – 28 Jun 2021

Info dan maklumat lanjut;

Bantuan Khas Golongan OKU RM500 Selama 3 Bulan Untuk OKU yang Kehilangan Pekerjaan atau Ketiadaan Kerja

10. Program I-Citra

Kemudahan pengeluaran i-Citra merupakan kesinambungan inisiatif i-Sinar dan i-Lestari. Ia merupakan kemudahan pengeluaran KWSP bagi mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia juga kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan bagi memenuhi keperluan asas bagi memenuhi keperluan mereka.

Amaun Kelayakan i-Citra

  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000
  • Jumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang belum dibayar (jika ada)
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1 bagi mengekalkan status keahlian KWSP

Untuk maklumat lanjut lihat;

Semakan dan Permohonan i-Citra KWSP (RM5000) Mulai 12 Julai 2021

11. Moratorium 6 Bulan Tanpa Syarat

Moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro. 

Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan. 

Permohonan dibuka mulai 7 Julai 2021 melalui bank masing-masing.

Maklumat selanjutnya dan senarai bank yang menawarkan bantuan bayaran balik pinjaman moratorium sila lihat;

Permohonan Moratorium Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bank

Semoga bantuan yang diumumkan ini dapat dimanfaatkan bersama terutamanya untuk golongan B40.

Scroll to Top