Di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Kerajaan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra di bawah KWSP.
Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.
Oleh yang demikian, sekiranya anda ingin memohon i-Citra KWSP, beberapa panduan berikut perlu anda ketahui.
Apa itu i-Citra?
Kemudahan pengeluaran i-Citra merupakan kesinambungan inisiatif i-Sinar dan i-Lestari. Ia merupakan kemudahan pengeluaran KWSP bagi mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ia juga kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan bagi memenuhi keperluan asas bagi memenuhi keperluan mereka.
Bagi mereka yang pernah memohon i-Lestari dan i-Sinar sebelum ini, anda masih boleh memohon i-Citra pada kali ini.
Anda juga tidak perlu menunggu sehingga bayaran i-Sinar selesai.
Kelayakan Permohonan i-Citra KWSP
Mereka yang layak memohon i-Citra adalah sebagaimana berikut;
- Ahli KWSP berumur 55 tahun ke bawah termasuk bukan
warganegara dan pemastautin tetap
- Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya
RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan
- Ahli yang telah memohon i-Lestari dan i-Sinar layak
memohon namun tertakluk kepada kelayakan (1) dan (2)
- Anggota perkhidmatan awam
Anda berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak
Amaun Kelayakan i-Citra
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000
- Jumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang belum dibayar (jika ada)
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1 bagi mengekalkan status keahlian KWSP
Anda boleh menyemak baki simpanan Akaun KWSP secara online melalui portal atau aplikasi mudah alih i-Akaun.
Semakan baki juga boleh dibuat di kios Pejabat KWSP atau di premis Pihak Ketiga yang terdekat.
Semak di portal | https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login |
Semak di aplikasi* | Google PlaystoreApple Appstore |
Kiosk Terdekat | Senarai Kiosk Terdekat |
* Sila pastikan bahawa anda telah mendaftarkan nombor telefon bimbit anda di mana-mana Kaunter atau Kios KWSP sebelum mohon TAC.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000.
Untuk menggunakan aplikasi i-Akaun, sila pastikan bahawa anda telah mendaftarkan nombor telefon bimbit anda di mana-mana Kaunter atau Kios KWSP sebelum mohon TAC.
Tarikh dan Cara Permohonan i-Citra KWSP
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my mulai 12 Julai 2021 (Isnin) hingga 30 September 2021 (Khamis).
Makluman dan update terkini adalah di laman berikut;
https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra
Tarikh dan Cara Bayaran
Cara pembayaran:
i. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
ii. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
iii. Bayaran minimum adalah RM50.
Pengeluaran i-Citra dari Akaun 1 atau Akaun 2?
Simpanan dalam Akaun 2 anda akan digunakan terlebih dahulu dan jika tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 pula akan digunakan.
Bagi menggambarkan bagaimana situasi ini, infografik berikut akan menjelaskan gambaran akaun 2 dan akaun 1 yang akan digunakan untuk pengeluaran.
Info dan Maklumat Lanjut
Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran i-Citra:
- Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
- Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
- Media sosial rasmi KWSP
- Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
Tarikh kemas kini: 2 Julai 2021
Sumber: KWSP
PENAFIAN: Semua yang di kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut. |