Saturday, April 1, 2023
HomeSemakanSemakan & Pendaftaran Skim Internet Selangor Kategori M40 (SISM40)

Semakan & Pendaftaran Skim Internet Selangor Kategori M40 (SISM40)

Melihat internet sebagai utiliti ketiga, Kerajaan Negeri Selangor buat julung kalinya melancarkan Skim Internet Selangor M40 (SISM40) yang merupakan inisiatif M40 pertama negeri Selangor.

Kerjasama pintar Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) dan Telekom Malaysia Berhad ini adalah bertujuan untuk membantu golongan M40 memperoleh spesifikasi internet yang optimum dengan harga minimum, sesuai dengan keadaan norma baharu pandemik COVID-19.

SISM40 menawarkan gabungan pakej jalur lebar berkelajuan tinggi dan kad sim dengan penjimatan antara RM120 hingga 360 setahun.

Siapa Yang Layak Memohon

Mereka yang layak memohon adalah sebagaimana berikut;

  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Bermastautin di negeri Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun.
  • Pendapatan isi rumah di antara RM4,800 sehingga RM11,000.
  • SATU langganan sahaja untuk setiap isi rumah.
  • Permohonan dibuka kepada individu sahaja dan bukan kepada perniagaan atau penggunaan premis perniagaan
  • Pengguna perkhidmatan unifi Home sedia ada tidak layak memohon melainkan yang masih menggunakan perkhidmatan unifi Lite atau Streamyx

Jenis Pakej Yang DiTawarkan

Sebanyak 8 pakej ditawarkan dalam kategori pakej keluarga, pakej bujang dan pakej asas di mana tawaran pekej adalah serendah RM119.

Pajek Keluarga

SISM40 FAMILY 300
RM297

RM267

Penjimatan RM30 Sebulan Untuk 24 Bulan

Home Fibre 300 Mbps +2 x Sim Kad
SISM40 FAMILY 100
RM227

RM 207

Penjimatan RM20 Sebulan Untuk 12 Bulan

Home Fibre 100 Mbps + 2 x Sim Kad
SISM40 FAMILY 30
RM187

RM 177

Penjimatan RM10 Sebulan Untuk 12 Bulan

Home Fibre30 Mbps +2 x Sim Kad

Pakej Bujang

SISM40 SINGLE 300
RM 258

RM 228

Penjimatan RM30 Sebulan Untuk 24 Bulan

Home Fibre300 Mbps + 1 x Sim Kam
SISM40 SINGLE 100
RM 188

RM 168

Penjimatan RM20 Sebulan Untuk 12 Bulan

Home Fibre100 Mbps +1 x Sim Kad
SISM40 SINGLE 30
RM 148

RM 138

Penjimatan RM10 Sebulan Untuk 12 Bulan

Home Fibre30 Mbps +1 x Sim Kad

Pakej Asas

SISM40 HOME 300
RM 199

RM 189

Penjimatan RM10 Sebulan Untuk 12 Bulan

Home Fibre300 Mbps
SISM40 HOME 100
RM 129

RM 119

Penjimatan RM10 Sebulan Untuk 12 Bulan

Home Fibre100 Mbps

Cara-cara Pendaftaran Skim Internet Selangor Kategori M40 (sism40)

Setiap permohonan akan melalui proses dan langkah-langkah berikut;

Langkah 1

Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian menerusi laman sesawang SISM40;

https://sism40.com.my/

Langkah 2

Semak kelayakan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN.

Langkah 3

Memproses permohonan yang layak.

Langkah 4

Sistem akan menghantar notifikasi kepada pendaftaran yang BERJAYA, TIDAK BERJAYA atau sedang MENUNGGU.

Langkah 5

Pemasangan internet jalur lebar dan penghantaran Sim kad pasca-Bayar kepada pemohon yang berjaya.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut layari;

https://sism40.com.my/

Maklumat Untuk Dihubungi

Jika ada sebarang pertanyaan atau inginkan bantuan, anda boleh berhubung melalui

Emai; [email protected] 

Telefon 03-5030 4595/4596 

Operasi Talian Bantuan 

Hari : Isnin – Jumaat (tidak termasuk cuti umum) 

Masa : 9 PAGI – 5 PETANG

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!