Sunday, September 25, 2022
HomeBantuan Bakul MakananBantuan Bakul Makanan Econsave Melalui Kempen Kibar Bendera Putih

Bantuan Bakul Makanan Econsave Melalui Kempen Kibar Bendera Putih

Bantuan Bakul Makanan Econsave | Rangkaian Pasar Raya Econsave Cash & Carry (Econsave) merupakan antara syarikat pasaraya yang menyokong penuh pelaksanaan kempen bendera putih dengan menawarkan bantuan kepada mana-mana individu dalam kesusahan.

Menggunakan cogan kata ‘It’s okay not to be okay’, Econsave meminta individu yang memerlukan bantuan atau orang ramai yang melihat jiran mengibar bendera putih untuk memaklumkan keadaan itu.

Dalam hantaran di Facebook, Econsave memaklumkan;

𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮.

Kepada mereka yang memerlukan, atau jika anda ternampak di kawasan jiran tetangga anda.🏳️ Sila bertindak:

1. Tangkap gambar

2. Tuliskan alamat

3. Sila Whatsapp 016-213 7387 / PM (Private Message) kami.

*Tertakluk kepada terma & syarat.

Kempen ini hanya dilaksanakan dalam tempoh dan jarak terhad saja kerana tertakluk pada perlaksanaan SOP mengikut negeri masing-masing pada masa ini. Kami berharap dapat membantu seberapa banyak yang kami mampu dan kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan maklumat kepada kami.

#BenderaPutih #KitaJagaKita #KamiSediaMembantu #EconsavePrihatin

Sebelum ini, pasaraya 99 Speedmart merupakan antara mereka yang menyokong kempen bendera putih bagi membantu mereka yang kesusahan dan terputus bekalan makanan akibat pandemik Covid-19 dan PKP.

Mereka yang ingin memohon bantuan bakul makanan 99 mart boleh salurkan maklumat seperti berikut melalui WhatsApp 010-500 0099 atau pun Facebook 99speedmart (Private Message (PM) sahaja)

1.  Alamat Tempat Tinggal

2. Gambar Rumah (Gantung Bendera Putih)

Untuk maklumat lanjut sila rujuk hantaran di facebook berikut;

Semoga dengan adanya bantuan bakul makanan Econsave dan 99 Speedmart ini dapat membantu anda yang dalam kesusahan.

Pun begitu, sekiranya anda tidak dapat menghubungi 2 pasaraya di atas, terdapat beberapa kaedah lain lagi yang boleh digunakan untuk memohon bantuan bakul makanan

  1. Bantuan Bakul Makanan  melalui JKM
  2. Bantuan bakul makanan melalui Pusat Khidmat Parlimen

Semoga dengan adanya bantuan bakul makanan ini dapat menampung keperluan bagi hari-hari yang mendatang.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!