Sunday, June 4, 2023
HomeSemasaDiskaun Bil Elektrik TNB Sehingga 40% (Domestik) Selama 3 Bulan

Diskaun Bil Elektrik TNB Sehingga 40% (Domestik) Selama 3 Bulan

Pengguna domestik di negara ini akan menerima diskaun bil elektrik TNB sehingga 40% selama 3 bulan mulai Julai hingga September 2021.

Pelanggan akan melihat diskaun ini tertera dalam bil elektrik mulai bil bertarikh 15 Julai ini dan bagi pelanggan yang menerima bil bertarikh antara 1 hingga 14 Julai, diskaun bulan Julai akan dimasukkan ke dalam bil bulan Ogos 2021

Pengumuman Perdana Menteri Mengenai Rebat Elektrik Pengguna Domestik Melalui PEMULIH

Dalam perutusan khas Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) 28 Jun 2021 yang lalu, beliau memaklumkan; 

“Bagi meringankan beban perbelanjaan bulanan rakyat, Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan.” 

“Antaranya, diskaun sebanyak 40 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan dan 15 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan.” 

“Secara keseluruhan, rakyat akan mendapat diskaun berjumlah 346 juta ringgit dan diskaun ini akan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan Julai 2021.”

Manfaat yang diperolehi oleh rakyat melalui Pengumuman Perdana Menteri mengenai Diskaun Bil Elektrik

Lanjutan daripada pengumuman Kerajaan Malaysia mengenai pelaksanaan Pakej PEMULIH pada 28 Jun 2021, diskaun bil elektrik akan diberikan kepada kumpulan sasar berikut berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan untuk tempoh 3 bulan dari 1 Julai 2021 hingga 30 September 2021:

Infografik Diskaun Bil Elektrik PEMULIH TNB
Sumber Foto: Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Tempoh Kelayakan

Diskaun bil elektrik di bawah Pakej PEMULIH adalah diberikan untuk tempoh tiga (3) bulan untuk penggunaan elektrik mulai dari 1 Julai 2021 sehingga 30 September 2021 untuk pengguna kediaman (Tarif A – Domestik) sehingga 900kWj sebulan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) voltan rendah.

Manakala, bagi pengguna komersil dari 6 sektor perniagaan terpilih, diskaun PEMULIH adalah bermula dari 1 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2021. Untuk penggunaan dari 1 Julai 2021 sehingga 30 September 2021, diskaun adalah di bawah pakej PEMERKASA Plus.

Di samping itu, semua pengguna TNB akan terus menikmati rebat ICPT sebanyak RM0.02 per kWj untuk penggunaan elektrik bulanan bermula dari 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021.

Jenis-jenis tarif yang layak  menerima diskaun

Jenis-jenis tarif yang layak menerima diskaun bil elektrik adalah seperti berikut:

Adakah diskaun pakej PEMULIH ini akan terus dimasukkan dalam bil bulan Julai 2021?

Diskaun pakej PEMULIH akan diberikan mulai penggunaan 1 Julai sehingga 30 September 2021.

Pengguna akan dapat melihat diskaun di dalam bil elektrik yang bertarikh 15 Julai 2021 dan seterusnya. Bagi pengguna yang menerima bil bertarikh antara 1 – 14 Julai 2021, amaun diskaun (yang layak) untuk bulan Julai 2021 akan dimasukkan ke dalam bil bulan Ogos 2021.

Pelanggan yang menerima bil sepanjang bulan Julai 2021 akan menikmati diskaun mengikut bilangan hari penggunaan dalam bulan Julai 2021. Diskaun yang diberikan adalah selepas mengambil kira rebat ICPT sebanyak RM0.02 per kWj.

Diskaun PEMULIH akan mula dinikmati sepenuhnya di dalam bil bulan Ogos dan September 2021

Cara Mendapatkan Diskaun Bil Elektrik TNB Sehingga 40%

Pengguna kediaman (domestik) tidak perlu mengambil apa-apa tindakan. Diskaun diberikan secara automatik kepada semua pengguna kediaman (domestik) yang berdaftar dengan TNB berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 Julai hingga 30 September 2021.

Cara pengiraan Kadar Diskaun yang layak diterima bagi pengguna Domestik

Pengguna kediaman (domestik) di Semenanjung Malaysia layak menerima diskaun ini secara automatik berdasarkan jumlah penggunaan bulanan seperti jadual di bawah:

Contoh, sekiranya penggunaan elektrik bulanan adalah 300kWj atau RM 77.00, maka pengguna akan mendapat diskaun sebanyak 15% ke atas bil mereka.

Pengguna kediaman (domestik) dengan bil bulanan sekitar RM400, adakah saya layak menerima diskaun?

Pengguna tidak layak menerima diskaun bil elektrik di bawah pakej PEMULIH kerana penggunaan telah melebihi had maksimum diskaun PEMULIH iaitu 900kWj atau RM395.60 sebulan.

Namun pengguna masih dapat menikmati rebat ICPT pada kadar RM0.02 per kWJ bagi penggunaan elektrik dari tempoh 1 Julai sehingga 31 Disember 2021 dengan anggaran penjimatan bil sebanyak 4-5%.

Info dan Pertanyaan Lanjut


TNB CareLine di talian 1-300-88-5454; atau

E-mel [email protected]; atau

Kedai Tenaga yang berdekatan.

SUMBER: Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!