Bantuan Barang Dapur Ebit Lew: Senarai Nombor Telefon Untuk Hubungi

Ustaz Ebit Lew dalam postingnya di Facebook pada 3 Julai 2021 memaklumkan sekiranya sesiapa yang memerlukan bantuan barang dapur, boleh menghubungi Team Kasih Umat yang berada di seluruh Malaysia.

Beliau yang baru sahaja pulang dari Gaza untuk misi bantuan Palestin bermurah hati mahu memberikan bantuan barang dapur kepada seluruh penduduk Malaysia yang memerlukan.

Terdahulu, Ustaz Ebit berada hampir sebulan di Gaza bagi melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin.

Belum pun habis berpenat lelah dalam misi kemanusiaan di Palestin, Ustaz Ebit Lew terus komited dalam menggerakkan kerja-kerja kebajikan dalam negara melalui bantuan barangan dapur.

Dalam hantarannya di Facebook, beliau menyenaraikan senarai nombor telefon untuk dihubungi kepada sesiapa yang memerlukan bantuan barang Dapur yang dikendalikan oleh Team Kasih Umat pimpinan Ustaz Ebit Lew.

Pohon doakan ye. Bantuan barang dapur buat seluruh Malaysia. Sedih sayu berat ujian kita semua di Malaysia.

Menangis baca berita-berita di Malaysia orang bunuh diri. Sesiapa yang benar-benar perlukan bantuan barang dapur di seluruh Malaysia boleh hubungi nombor ini.

Bantuan diberikan tanpa mengira bangsa atau agama. Kita semua sebuah keluarga. Team Kasih Umat di Seluruh Malaysia akan membantu. Esok mereka hantar setakat yang mampu.

Lokasi & No Telefon

1.Kota Kinabalu,Sabah 01121820646
2.Seberang Perai Utara,Penang 0184636181
3.Semporna,Sabah 01159023120
4.Bintulu,Sarawak 0164035460
5.Senawang,Negeri Sembilan 0173164974
6.Bandar Kuantan,Pahang 01161096263
7.Kudat,Sabah 0169771243
8.Pasir Mas,Kelantan 0179478716
9.Sungai Petani,Kedah 01127226330
10.Ipoh,Perak 01151523766
11.Kunak,Sabah 0166033149
12. Pasir Gudang JB 0107068364
13. Kuala Terengganu 01120507611
14. Melaka Tengah 01139900575
15.Kuala Lumpur,Selangor 0176296906

Kepada mereka yang memerlukan bantuan ini, mohon segera menghubungi nombor yang tertera di atas bagi meringankan beban masing-masing yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Kita doakan semoga Ustaz Ebit Lew dan Team Kasih Umat dimurahkan rezeki dalam menyalurkan sumbangan dan bantuan kebajikan kepada mereka yang memerlukan.

Scroll to Top