Bantuan Khas Covid-19 NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan dalam membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
Bantuan ini diberikan dalam mengurangkan bebanan kepada mereka yang layak dan memerlukan.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji kerana menerima arahan kuarantin dari KKM (annex14) bagi sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.
Siapa yang Tidak Layak Memohon?
Mereka yang tidak layak memohon bantuan khas Covid-19 NADMA adalah sebagaimana berikut;
- Bukan Warganegara Malaysia
- Tidak bekerja di Malaysia atau tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
- Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/ menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.
Kadar Bantuan
Kadar bantuan yang diberikan adalah RM100 sehari sehingga maksimum 14 hari (one off)
Ia tertakluk kepada sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau;
Menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).
Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.
Cara Memohon Bantuan Khas Covid-19 NADMA
1. Muat turun dokumen-dokumen di laman web http://www.nadma.gov.my
- Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
- Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
- Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank
2. Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat:-
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana MenteriAras 7, Blok D5, Kompleks DPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA (u.p. : Sekretariat KWABBN) |
Dokumen Yang Di Perlukan
1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A.
2. Salinan kad pengenalan.
3. Dokumen Asal KKM :
i. Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian
a. Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM (annex 14); dan
b. Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) (annex 17);
ii. Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19 (warded)
a. Discharge note / Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.
4. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B.
5. Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.**
** sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.
Kaedah Pembayaran
Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
Muat Turun Dokumen Berkaitan
2. Lampiran A
3. Lampiran B
4. Lampiran C
Sistem Semakan Status Bantuan Khas COVID19
Semakan status kelulusan Bantuan Khas Covid-19 Nadma boleh dibuat melalui pautan berikut;
https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/
Masukkan nombor kad pengenalan pemohon dan tandakan pada ;
✓ Bantuan Khas 100/hari
Laman portal di atas adalah khusus bagi menyemak status permohonan yang telah lulus bagi Bantuan Khas COVID-19 NADMA.
Semua permohonan yang lengkap dan layak adalah tertakluk kepada semakan data KKM Putrajaya bagi data kurantin/wad/kematian sebelum diluluskan.
Pemohon boleh menyemak status kelulusan selepas 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh NADMA.
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.