Friday, November 26, 2021
HomeBantuan Bakul MakananPermohonan Bantuan Bakul Makanan OP Bantu PDRM

Permohonan Bantuan Bakul Makanan OP Bantu PDRM

Bantuan bakul makanan melalui OP Bantu PDRM akan diberikan segera kepada mana-mana individu yang telah terputus bekalan makanan.

Ia merupakan inisiatif Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM melalui Polis Diraja Malaysia, RELA Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat – JKM. 

Bakul makanan yang disalurkan ini diharap dapat membantu golongan yang amat memerlukan bagi meringankan bebanan yang mereka tanggung dalam tempoh yang mencabar kini. 

Cara memohon Bantuan Bakul Makanan Melalui OP Bantu PDRM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin  memaklumkan mana-mana indidivu yang terputus bekalan supaya memaklumkan kepada IPD berdekatan.

Bagi individu yang tidak dapat hadir ke IPD berdekatan, mereka diminta menghubungi IPD berhampiran masing-masing melalui talian rasmi IPD atau melalui talian Whatsapp khas Op Bantu. 

Skuad AMANITA dan anggota RELA di lapangan akan ditugaskan untuk menyampaikan bantuan segera.

Nombor Telefon Talian Whatsapps OP Bantu

Senarai talian Whatsapp khas Op Bantu Ibu Pejabat Daerah (IPD) ini boleh dirujuk dalam laman Facebook Menteri Dalam Negeri sebagaimana di bawah.

Sila pilih mengikut IPD masing-masing yang disenaraikan berdekatan anda.

Keratan Akhbar OP Bantu PDRM Dalam Menyalurkan Bantuan Bekalan Makanan

Laporan Akhbar Berita Harian

Polis giat jalankan Op Bantu di ibu negara

Golongan orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, penerima bantuan Baitulmal dan penduduk yang hilang punca pendapatan, menjadi sasaran utama agihan bakul makanan menerusi Op Bantu di sekitar ibu negara.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob, berkata pengagihan bantuan kepada golongan itu dibuat berdasarkan maklumat diterima polis daripada persatuan penduduk dan diselaraskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Bakul makanan diagihkan kepada OKU, ibu tunggal berdaftar dengan JKM, penerima bantuan Baitulmal dan penduduk yang hilang punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.

“Semalam, 60 bakul makanan diagihkan kepada keluarga layak di sekitar ibu kota, termasuk Putrajaya.

“Antara lain di Projek Perumahan Rakyat Seri Sarawak, Flat Danau Kota, Kampung Chubadak Tambahan, Pangsapuri Awam Sri Johor, Apartmen Putra Ria dan Pangsapuri Puteri Harmoni,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Azman berkata, usaha diteruskan hari ini oleh enam ibu pejabat polis daerah (IPD) bawah Kontinjen Kuala Lumpur dengan menyampaikan bantuan itu kepada golongan memerlukan di daerah masing-masing.

Beliau sekali gus mengalu-alukan kerjasama daripada syarikat korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam Op Bantu, selain meminta mereka yang terdesak supaya menghubungi IPD atau balai polis berhampiran bagi membolehkan bantuan bakul makanan diberikan.

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2021

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments