Permohonan bantuan khas zakat kedah melalui Skim Agihan Khas Zakat Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sudah dibuka kepada golongan asnaf di negeri ini.
Ia bertujuan meringankan asnaf yang terjejas pendapatan dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Apakah Syarat Permohonan ini Bantuan Khas Zakat Negeri Kedah Ini?
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia dan tinggal di negeri Kedah sekurang-kurangnya 1 tahun.
- Pendapatan kasar isi rumah semasa di bawah RM 2,000.00 sebulan (Gaji Kasar).
- Hanya ketua keluarga sahaja layak memohon bantuan atau waris pemohon bagi yang masih berada dibawah tanggungan.
- Bukan penerima bantuan Kewangan Bulanan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Jumlah bayaran zakat yang akan diterima
Permohonan yang layak akan menerima zakat berjumlah RM300 secara ‘one-off’ atas ketua keluarga.
Bilakan permohonan ini akan dibuka?
Permohonan ini dibuka bermula dari 18 Julai 2021 hingga 08 Ogos 2021 selama 3 minggu sahaja
Cara Memohon
Mereka yang ingin memohon bantuan khas zakat negeri Kedah ini hendaklah membuat permohonan secara atas talian (online) melalui laman;
https://agihan.zakatkedah.com.my
Kaedah mengisi permohonan
Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga atau waris pemohon bagi yang berada di bawah tanggungan seperti kategori berikut;
KATEGORI | STATUS |
---|---|
Suami | Jika berkahwin |
Isteri | Jika bercerai (cerai hidup/cerai mati) |
Isteri | Jika ditinggalkan suami tanpa nafkah |
Anak | Jika ibu bapa uzur terlantar sakit. |
Berapakah jumlah keluarga asnaf yang bakal menerima zakat ini?
Agihan Khas Zakat ini akan memberi manfaat kepada 40 ribu keluarga asnaf yang terjejas pendapatan.
Info dan Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan, sila hubungi;
Ibu Pejabat dan Pejabat Zakat Daerah Lembaga Zakat Negeri Kedah.
- Ibu Pejabat : 019-4181740
- Baling : 04-470 2428/ 013-4529155
- Bandar Baharu : 04-407 9670/ 019-4738255
- Kota Setar : 04-731 8005/ 019-5739155
- Kubang Pasu : 04-917 1561/ 019-4967255
- Kuala Muda : 04-441 1881/ 019-4122155
- Kulim : 04-490 0873/ 019-5732155
- Langkawi : 04-966 0179/ 019-4753155
- Padang Terap : 04-786 6239/ 019-5172155
- Pendang : 04-759 4515/ 019- 4123155
- Pokok Sena : 04-782 1513/ 019-518 6155
- Sik : 04-469 5895/ 019-4104255
- Yan : 04-468 3482/ 019-4804155
“Zakat Anda Merubah Asnaf “
Bantu kami Cari Asnaf 📍📍📍
▶️ Panjangkan makluman ini kepada keluarga asnaf yang layak supaya tidak tercicir dari mendapatkan zakat ini.
Anda boleh layari https://jom.zakatkedah.com.my untuk membayar, menyemak atau mencetak penyata zakat.
Semakan bantuan, melapor asnaf dan laporan kutipan dan agihan secara real-time boleh diakses melalui applikasi Zakat On Touch (ZOT).
Sumbangan juga boleh dilakukan melalui portal Asnafcare di https://asnafcare.com.my.
Sumber: Facebook Lembaga Zakat Negeri Kedah
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.