Permohonan Bantuan Khas Taska sudah dibuka di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi atau PEMULIH.
Pemberian bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan kewangan pemilik TASKA yang berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19 dan PKP sejak tahun lalu.
Apa Bantuan Khas Taska (Pakej Pemulih)
Ia merupakan salah satu daripada bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 28 Jun yang lalu di bawah Pakej Pemulih yang berdasarkan tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.
Tujuan pemberian bantuan khas ini adalah untuk meringankan beban pengurusan TASKA dalam mematuhi Panduan Pencegahan (SOP) Penularan COVID-19 yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Dalam perutusan khas tersebut Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan;
“Di samping itu, Kerajaan telah menerima banyak permintaan supaya bantuan kewangan yang diberikan kepada pusat asuhan anak-anak dan tadika pada tahun lepas dapat diperkenalkan semula. Sehubungan itu, Kerajaan akan memberikan Bantuan Khas Taska yang berjumlah 3 ribu ringgit kepada lebih 4,400 pengusaha taska seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta lebih 8 ribu pengusaha tadika swasta seliaan Kementerian Pendidikan.”
Diharapkan dengan pemberian bantuan ini, ia dapatlah digunakan antaranya untuk keperluan sanitasi dan pembelian peralatan nyahkuman bagimemastikan kebersihan dan keselamatan anak-anak yang ditempatkan di pusat asuhan dan tadika.
Tan Sri Muhyiddin Yasin – 28 Jun 2021.
Apakah Kategori Taska Yang Layak Memohon?
Kategori TASKA yang layak memohon bantuan khas ini berdasarkan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308] adalah seperti berikut:
- TASKA Institusi
- Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan.
- Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
- TASKA Di Tempat Kerja
- Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan.
- Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja.
- TASKA Komuniti
- Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan.
- Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.
- Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar.
- TASKA Rumah
- Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan.
- Dijalankan di kediaman sendiri.
Kos Operasi Yang Ditanggung Melalui Peruntukan Bantuan Khas Taska Pemulih
Antara kos operasi yang perlu ditanggung oleh pihak TASKA seperti disinfeksi/nyahkuman TASKA (di luar dan dalam TASKA), peralatan penyukat suhu badan, bahan sanitasi, pelitup muka dan kos pengurusan TASKA yang lain.
Apakah kriteria pertimbangan pemberian bantuan kewangan khas Pakej PEMULIH ini?
Dipertimbangkan kepada TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984[Akta 308].
Tarikh Permohonan dan Tarikh Akhir Permohonan
Pengusaha TASKA boleh mula memohon mulai 19 Julai 2021.
Tarikh akhir permohonan Bantuan Khas Taska Pakej PEMULIH ini adalah pada 31 Ogos 2021.
Cara Memohon
- Pengusaha TASKA boleh mendapatkan Borang Permohonan dan Senarai Semak permohonan daripada laman sesawang JKM www.jkm.gov.my atau hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan yang berdekatan;
- Pengusaha perlu mengemaskini maklumat dalam sistem Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDC);
- Pengusaha juga perlu memastikan dokumen-dokumen sokongan disahkan di Pejabat Kebajikan Masyarakat; dan
- Membuat temu janji untuk mengemukakan dokumen permohonan sepertimana dinyatakan dalam senarai semak kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan yang terdekat.
Kadar Bantuan Kewangan Khas Taska Pakej Pemulih yang layak
Kadar bayaran bantuan kewangan khas berjumlah:
- RM 3000 untuk TASKA Institusi, TASKA di Tempat Kerja dan TASKA Komuniti; dan
- RM 800 untuk TASKA di Rumah.
Kaedah Bayaran
Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyalurkan bantuan khas yang diluluskan menerusi pindahan wang secara Electronic Funds Transfer (EFT) ke dalam akaun bank atas nama TASKA.
Maklumat Untuk dihubungi
Pertanyaan berhubung perkara ini boleh dibuat dengan:
- Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/ Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan yang berdekatan; atau
- Menghubungi Bilik Gerakan JKM di talian 03-8323 1996; atau
- Talian Kasih 15999/ WhatsApp Talian Kasih 019-2615999.
Soalan Lazim (FAQ)
Ia merupakan salah satu daripada bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 28 Jun yang lalu di bawah Pakej Pemulih yang berdasarkan tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.
Mulai 19 Julai 2021 sehingga 31 Ogos 2021.
1. TASKA Institusi
2. TASKA Di Tempat Kerja
3. TASKA Komuniti
4. TASKA Rumah
1. RM 3000 untuk TASKA Institusi, TASKA di Tempat Kerja dan TASKA Komuniti; dan
2. RM 800 untuk TASKA di Rumah.
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.