Sunday, December 3, 2023
HomePermohonanTarikh Akhir Claim Ebelia RM150 22 Julai, Tarikh Belanja Sebelum 31 Julai

Tarikh Akhir Claim Ebelia RM150 22 Julai, Tarikh Belanja Sebelum 31 Julai

Maklumat penting mengenai tuntutan e-Belia. Tarikh akhir claim eBelia sebanyak RM150 adalah pada hari Khamis jam 11:59 Malam 22 Julai 2021.

Kredit eBelia mesti digunakan sebelum jam 11.59 malam pada 31 Julai 2021. Selepas
tarikh akhir ini, baki kredit eBelia yang tidak digunakan akan luput secara automatik dari e-dompet pemohon.

Kerajaan memperuntukkan RM300 juta bagi memanfaatkan sekitar dua (2) juta rakyat Malaysia dengan kemudahan kredit etunai ini.

Apa itu Ebelia?

Program eBelia merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2021 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.

Tarikh Akhir Claim Ebelia RM150

Mula Menebus Ebelia

Permohonan kredit eBelia hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak di mana tarikh akhir untuk claim adalah pada 11.59 malam 22 Julai 2021.

Tempoh Belanja dan Tarikh Luput

Kredit eBelia mesti digunakan sebelum jam 11.59 malam pada 31 Julai 2021. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eBelia yang tidak digunakan akan luput secara automatik dari e-dompet pemohon. 

Syarat-syarat Permohonan dan Kelayakan

Kelayakan claim Ebelia RM150

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 (lahir pada tahun 2001 hingga 2003); ATAU
  3. Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut: Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (atau dirujuk sebagai “Kementerian Pengawal”), tanpa had umur.

Cara Claim eBelia RM150

Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat dalam program ini adalah: 

  1. BigPay

Claim eBelia RM150 melalui BigPay – https://www.bigpayme.com/ebelia 

  1. Boost;

Claim eBelia RM150 melalui Boost – https://www.myboost.com.my/promotion/ebelia/ 

  1. ShopeePay; dan

Claim eBelia RM150 melalui ShopeePay – https://shopee.com.my/m/ebelia-claim

  1. Touch ‘n Go eWallet.

Claim eBelia RM150 melalui ShopeePay – https://www.tngdigital.com.my/ebelia 

Bagaimana saya boleh memohon kredit eBelia?

Proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e- tunai yang terlibat.

Langkah 1: Muat turun aplikasi e-tunai terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut.

Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-tunai akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik (eKYC).

Langkah 4: Di aplikasi e-tunai pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada halaman tuntutan eBelia dan tekan “Hantar”.

Langkah 5: Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.

Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBelia daripada 1 penyedia perkhidmatan e-tunai. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBelia. 

Apa yang boleh dibeli dengan kredit eBelia RM150?

Anda boleh menggunakan kredit RM150 eBelia untuk sebarang transaksi yang boleh dibayar melalui e- tunai pilihan anda, KECUALI:

  1. Pemindahan “peer-to-peer”;
  2. Penebusan tunai
  3. Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  4. Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  5. Bil pasca-bayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  6. Pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan 

Siaran Media Berkenaan eBelia Oleh Kementerian Kewangan Malaysia

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!