Monday, October 2, 2023
HomePermohonanPermohonan Bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021 RM4000

Permohonan Bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021 RM4000

Permohonan Bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021 sudah dibuka mulai 18 Julai 2021 sehingga 5 Ogos 2021.

Tabung ini diuruskan oleh Pejabat Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan.

Apa itu Bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan?

Bantuan ini diberikan kepada peniaga wanita Kelantan sahaja (wanita/beliawanis/ armalah/ OKU) bagi membantu peniaga wanita mengembangkan lagi perniagaan yang sedang dijalankan.

Kerajaan Negeri Kelantan menyediakan bantuan berbentuk peralatan perniagaan kepada peniaga kecil wanita seluruh Kelantan.

Jumlah dan Kadar Bantuan

Kadar bantuan maksima yang diberikan adalah RM4,000.00 sahaja dalam bentuk peralatan.

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka mulai 18 Julai 2021 sehingga 5 Ogos 2021.

Syarat Kelayakan dan Permohonan

  1. Untuk peniaga wanita sahaja 
  2. Berumur antara 18 hingga 60 tahun serta menetap di negeri Kelantan. 
  3. Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.
  4. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang telah menjalankan perniagaan.
  5. Bukan penerima bantuan Tabung Usahawan Wanita sebelum ini. 
  6. Bantuan adalah dalam bentuk peralatan sahaja. 
  7. Perniagaan yang dijalankan mestilah mematuhi syariah. 

Borang Permohonan

Bagi mereka yang ingin memohon Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021 ini, borang permohonan boleh diperolehi di Google Drive melalui pautan berikut;

https://bit.ly/36Gc7uU

Nama borang – Borang B TUW 2021 (Negeri)

Download, cetak dan isi dengan lengkap.

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Borang Permohonan yang disahkan oleh Penghulu Mukim dan ADUN – (WAJIB) 
  2. Gambar berukuran passport – (WAJIB) 
  3. Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Waris – (WAJIB) 
  4. Salinan Kad Pengenalan Pasangan/ Waris – (WAJIB) 
  5. Gambar Lokasi & Aktiviti Perniagaan – (WAJIB) 
  6. Salinan Daftar Niaga (SSM)- (WAJIB) 
  7. Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) – (WAJIB)

Maklumat Tambahan

Pemohon perlu mendapatkan sokongan dan ulasan penghulu serta sokongan dan ulasan YB Adun untuk permohonan ini.

Sekiranya maklumat yang diberikan dalam borang permohonan adalah salah dan tidak benar, permohonan akan terbatal dengan sendiri.

Penghantaran Borang

Borang yang lengkap diisi dan disahkan hendaklah dihantar ke alamat berikut;

Pejabat Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga Dan Wanita
Blok 2, Aras 2,
Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu, Kelantan
.

No. Telefon: 09-7476568 No. Faks: 09-7476510

Maklumat lanjut, hubungi Unit Kemahiran Wanita 013-983 6911. 

Info dan maklumat lanjut;

Sebarang info dan maklumat lanjut sila rujuk maklumat di paparan berikut;

Facebookhttps://www.facebook.com/ukekwa/ 
Laman webhttp://wanitakelantan.com/ 
No Tel09-747 6568
Email[email protected] 

Sumber: Facebook Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!