Rakyat negeri kedah boleh memohon bantuan awal kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang disediakan oleh kerajaan negeri Kedah ini.
Ia diuruskan oleh Seksyen Pembiayaan Negeri Kedah.
Syarat-syarat Permohonan
Syarat-syarat bagi mereka yang ingin memohon bantuan awal kemasukan IPT yang disediakan oleh kerajaan negeri Kedah ini adalah sebagaimana berikut;
- Pemohon atau Ibu atau Bapa lahir atau bermastautin (menetap) di Negeri Kedah Darul Aman (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT).
- Pemohon telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA secara SEPENUH MASA dan telah membuat pengesahan pengajian dengan pihak IPT.
- Menyambung pengajian ke peringkat DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA pada Sesi Pengajian Tahun 2021 sahaja.
- Pelajar SEPARUH MASA, pelajar LUAR KAMPUS, pelajar di INSTITUSI PERGURUAN dan pelajar di PROGRAM LATIHAN SEPARA PERUBATAN (KOLEJ PERUBATAN / KOLEJ KEJURURAWATAN) TIDAK LAYAK untuk memohon.
- Permohonan hendaklah dibuat bagi kemasukan KALI PERTAMA untuk setiap satu tahap pengajian sahaja.
Jumlah Bayaran
Mereka yang diluluskan permohonan akan menerima sumbangan sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).
Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka mulai 1 Mac 2021.
Pemohon hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada atau sebelum 1 DISEMBER 2021.
Cara-cara Memohon Bantuan Kemasukan IPT Negeri Kedah
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (on-line) melalui laman web rasmi sebagaimana pautan berikut;
https://eservices.kedah.gov.my/ibakipt/
Dokumen Yang Perlu Disediakan
Dokumen sokongan yang wajib disertakan di dalam bentuk PDF/JPEG/JPG/PNG yang DISAHKAN oleh PENGHULU MUKIM / PENGETUA SEKOLAH / PEGAWAI DAERAH / ADUN adalah seperti berikut:
i) Salinan kad pengenalan permohon
ii) salinan kad pengenalan ibu / bapa / penjaga (salah seorang sahaja)
iii) Salinan akaun bank / penyata bank
iv) Salinan surat tawaran kemasukan / surat pengesahan daripada institusi pengajian tinggi
Cara Bayaran
Bayaran bantuan BAKIPT akan dibuat oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN kepada pelajar
Senarai Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN >>Klik sini<<
Info dan Maklumat Lanjut
Sebarang info dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi
SEKSYEN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Aras 2 , Blok C, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar Kedah Darul Aman. +604-7027286 / +604-702 7272 | +604-7028600 [email protected] |
Sumber: Laman Web Seksyen Pembiayaan Pendidikan Neegri Kedah
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.