Tarikh Bayaran i-Sinar Bulan Ogos Diawalkan Pada 26 & 27 Julai Ini

[Terkini] Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini telah memaklumkan tarikh  bayaran i-Sinar bagi bulan Ogos diawalkan kepada 26 dan 27 Julai 2021 tidak lama lagi.

Sebelum ini tarikh bayaran i-SInar dibuat di awal bulan. Namun KWSP dalam ciapan di Twitter memaklumkan tarikh bagi bayaran i-Sinar bulan Ogos diawalkan pada 26 dan 27 Julai.

Pihak KWSP juga memaklumkan pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1 hingga 5 hari bekerja. 

Pun begitu, ia bergantung kepada prosedur bank masing-masing.

Dalam pada itu juga KWSP memaklumkan bayaran i-Citra pula akan dibuat secara berperingkat mulai 2 Ogos 2021. 

Sama seperti i-Sinar, pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh satu hingga tiga hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.

Manakala, bagi bayaran secara Arahan Bayaran, anda akan menerima Notis Pengambilan atau dihubungi oleh cawangan KWSP yang dipilih untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran.

Semoga dengan pengumuman ini, anda dapat membuat perancangan kewangan dengan baik.

Semakan Status Terkini Bayaran 

Ahli-ahli dinasihatkan membuat semakan status terkini bayaran sama ada i-SInar atau i-Citra melalui i-Akaun (Ahli).

Hanya 4 langkah mudah:

1. Daftar i-Akaun di mana-mana kios KWSP

(Sila lihat pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks)

2. Log masuk i-Akaun, masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID Pengguna dan kata laluan sementara diterima melalui SMS

3. Cipta ID Pengguna, kata laluan dan frasa rahsia

4. Setelah pengaktifan berjaya, log semula ke i-Akaun dan sahkan nombor TAC yang telah didaftarkan!

Dengan i-Akaun, anda boleh mengemaskini profil peribadi, semak status penamaan dan kelayakan pengeluaran, mendaftar Simpanan Shariah, menyemak penyata dan rekod caruman ahli serta majikan.

Semuanya di hujung jari. Jom daftar i-Akaun dengan hanya 4 langkah mudah di atas!

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top