Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan bantuan Kasih Asnaf 3.0 yang diberikan khas kepada penjaja pasar malam untuk mereka yang tinggal di Kuala Lumpur.
Bantuan ini merupakan sebahagian daripada program Musaadah Covid-19 MAIWP yang diberikan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk one-off (sekaligus) kepada penjaja yang terkesan.
Apa itu Bantuan Prihatin Kasih Asnaf 3.0?
Bantuan Prihatin – Bantuan Khas Kepada Penjaja Secara One-Off merupakan program bantuan Kasih Asnaf 3.0 oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak sebagai pemudahcara dalam program bantuan ini.

Syarat dan Kriteria Permohonan Bantuan Kasih Asnaf 3.0 Untuk Penjaja
Bantuan ini diberikan kepada penjaja pasar malam di Kuala Lumpur yang layak menerima bantuan berdasarkan kriteria dan proses tapisan oleh pihak MAIWP.
Cara Permohonan
Permohonan bantuan ini hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui laman rasmi berikut;
https://elesen.dbkl.gov.my/elesennew/sumbangan_maiwp.aspx
Ikuti langkah berikut;
- Klik bahagian pendaftaran kemudian isi maklumat pelesen
- Masukkan maklumat bank
- Pengesahan
Semakan status sumbangan
Semakan status sumbangan pemohon juga boleh dibuat melalui laman web yang disebutkan di atas.
Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik pada cari.
Jumlah Sumbangan
Sumbangan secara one-off sebanyak RM500.00 diberikan kepada mereka yang layak dan lulus permohonan ini.
Tarik Tutup Permohonan
Penerima yang layak perlu membuat pendaftaran tuntutan melalui laman web https://elesen.dbkl.gov.my/elesennew/sumbangan_maiwp.aspx
Proses tuntutan boleh dilakukan sehingga 15 OGOS 2021.
Cara Bayaran
Sumbangan akan dibayar secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank penerima yang layak. Penerima yang layak perlu membuat pendaftaran tuntutan melalui laman yang disebutkan di atas. Proses tuntutan boleh dilakukan sehingga 15 OGOS 2021.
Maklumat untuk dihubungi
Sebarang pertanyaan berhubung bantuan ini, boleh berhubung dengan melalui aplikasi WhatsApp ditalian 011-5659 3734 pada jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang (Hanya WhatsApp text sahaja).
Sumber: DBKL
Soalan Lazim (FAQ)
Bantuan Prihatin – Bantuan Khas Kepada Penjaja Secara One-Off merupakan program bantuan Kasih Asnaf 3.0 oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
RM500 secara one-off
15 Ogos 2021
Secara online melalui portal DBKL;
https://elesen.dbkl.gov.my/elesennew/sumbangan_maiwp.aspx
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.