Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan tarikh akhir bagi permohonan Program Dermasiswa B40 2021 dilanjutkan sehingga 31 Julai 2021 (Sabtu).
Oleh yang demikian, anda masih berpeluang untuk memohon dana kewangan ini sehingga tarikh yang disebutkan di atas.
Apa itu Program Dermasiswa B40 JPA?
Ia merupakan penajaan dalam bentuk dermasiswa kepada calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah (B40)
Program ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi yang dikenalpasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.
Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar- pelajar SPM dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam industri.
Tawaran Penajaan Pengajian
Bagi tahun 2021, penajaan adalah melibatkan pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).
Syarat-Syarat Permohonan
Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai kesihatan yang baik.
- Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020 buat kali pertama.
- Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan).
- Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA.
- Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.
- Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah.
Syarat Khusus
- Bagi Institut Kemahiran Awam (IKA) yang merangkumi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) / Institut Kemahiran MARA / Kolej Kemahiran Tinggi MARA / Kolej Komuniti / Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) / Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI):
- Menduduki SPM 2020 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana- mana satu (1) subjek lain yang diambil; dan
- Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.
- Bagi Universiti Awam (UA) dan Politeknik:
- Menduduki SPM 2020 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana- mana tiga (3) subjek lain yang diambil.
- Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.
Bidang Pengajian Yang Tidak Ditaja
Bidang Pengajian yang tidak ditaja adalah seperti berikut:
- Pendidikan.
- Kejururawatan.
- Sijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License).
- Kursus Profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA).
Cara Memohon Program Dermasiswa B40 2021 JPA
Permohonan dibuka secara atas talian (online) di Portal eSILA https://esilav2.jpa.gov.my
Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka dari 12 Julai sehingga 31 Julai 2021
Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Dermasiswa B40 Tahun 2021 sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Info Dan Pertanyaan Lanjut Mengenai Program Dermasiswa B40 2021 JPA
Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat denganmengemukakan pertanyaan menerusi emel [email protected] (emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 12 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021).
Sesi soal jawab secara langsung juga diadakan sepanjang tempoh permohonan dibuka berdurasi satu (1) jam iaitu pada jam 10.00-11.00 pagi dan 2.30-3.30 petang (tidak termasuk cuti umum dan hari minggu) di pautan https://meet.google.com/xof-yzvp-fku
Tarikh Keputusan Permohonan
Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan dalam portal eSILA di alamat https://esilav2.jpa.gov.my/ pada penghujung Ogos 2021. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam portal berkenaan.
Sumber: Portal eSila JPA
Soalan Lazim (FAQ)
Ia merupakan penajaan dalam bentuk dermasiswa kepada calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah (B40)
1. Warganegara Malaysia
2. Mempunyai kesihatan yang baik
3. Menduduki peperiksaan SPM 2020 buat pertama kali
4. Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan)
5. Ibu dan/atau bapa tidak di senarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA
6. Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
7. Pendapatan per kapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah
Secara atas talian melalui porta eSILA
https://esilav2.jpa.gov.my
31 Julai 2021 (Sabtu)
Penghujung Ogos 2021
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.