MAIWP menawarkan pelbagai skim bantuan zakat kepada golongan asnaf. Salah satu daripada skim tersebut adalah Skim Bantuan Kewangan Bulanan.
Skim bantuan kewangan bulanan MAIWP ini bertujuan meringankan bebanan kewangan golongan asnaf yang memerlukan bantuan bulanan berbentuk wang tunai melalui akaun bank.
Jumlah bantuan yang diberikan adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon.
Sekiranya anda ingin memohon bantuan ini, baca maklumat berikut bagi mengetahui kelayakan anda.
Apa itu Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP
Ia merupakan salah satu daripada jenis skim bantuan zakat MAIWP bertujuan membantu asnaf dengan menyalurkan bantuan bulanan berbentuk wang tunai melalui akaun bank.
Syarat Umum Permohonan
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)
Dokumen Yang Diperlukan
- Borang permohonan (Borang Bantuan)
- Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
- Satu salinan kad pengenalan:
- Pemohon
- Suami
- Isteri
- Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan ]
- Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]
- *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
- Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini.
- Satu salinan surat perakuan nikah /akuan sumpah bagi kes kehilangan sijil nikah.
- Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami.
Lain-Lain Dokumen Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan
Keluarga bercerai | Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini. |
Ahli keluarga telah meninggal dunia | Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri. |
Saudara baru | Satu salinan kad memeluk Islam. |
Orang Kelainan Upaya. | Salinan kad orang kelainan upaya (OKU). |
Pengidap sakit kronik | Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja. |
Sedang mengikuti pengajian di IPT. | Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar. |
Keluarga bermasalah | Satu salinan laporan polis/ surat penjara. |
Muflis. | Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi. |
Jumlah Bantuan Bulanan Yang Diberikan
Jumlah bantuan zakat yang diberikan kepada seorang pemohon yang layak adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon.
Cara Memohon Bantuan Kewangan Bulanan Zakat Baitulmal MAIWP 2022
Mereka yang ingin memohon bantuan ini boleh datang sendiri ke pejabat Baitulmal MAIWP atau boleh melayari laman web https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/jenis-skim-bantuan-zakat/bantuan-kewangan-bulanan untuk maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan dan memuat turun borang permohonan.
Senarai Semak Dokumen Sokongan Skim Bantuan Kewangan Bulanan
Sila pastikan semua keperluan dan dokumen yang dikehendaki adalah lengkap seperti berikut:-
- Satu keping gambar berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan).
- Satu salinan kad pengenalan pemohon.
- Satu salinan kad pengenalan suami , isteri dan tanggungan / surat pengangkatan JPN / akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja).
- Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO / surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri / surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan sahaja).
- Satu salinan surat perakuan nikah / surat akuan sumpah untuk kes kehilangan bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas.*
- Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.*
- Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.*
- Satu salinan kad memeluk Islam.*
- Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon / tanggungan.*
- Surat pengesahan sakit kronik pemohon dan tanggungan dari hospital kerajaan sahaja.*
- Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar bagi pemohon / tanggungan yang sedang belajar di IPT.*
- Satu salinan cukai pintu / bil utiliti.
- Satu salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini.
- Satu salinan laporan polis / surat penjara (bagi keluarga bermasalah)* 1
- Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi (bagi pemohon yang muflis)*
* jika berkenaan
Penghantaran Permohonan
Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke mana-mana kaunter –kaunter Baitulmal MAIWP berikut:
IBU PEJABAT
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Ibu Pejabat) |
Aras 1,7,9-11, Bangunan PERKIM No. 150, Jalan Ipoh 51200 KUALA LUMPUR |
No. Tel : 03- 4047 9444 No. Faks : 03- 4044 9444 |
CAWANGAN
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya |
Aras 3, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No3 , Jalan Tunku Abdul Razak , Presint 3, 62100 PUTRAJAYA. |
No. Tel : 03 – 8871 5000 No. Faks : – |
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan |
Blok 4, Tingkat 13 Kompleks Ujana Kewangan Peti Surat 80960 87019 LABUAN |
No. Tel : 087-418 515 / 512 No. Faks : 087-418 514 |
PUSAT AGIHAN ZAKAT (PAZA)
PAZA Cawangan Parlimen Batu |
No. 838, Tingkat Bawah, Sayap Kiri, Batu 4 ½, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur |
No. Tel : 03- 6259 6906 |
PAZA Cawangan Bukit Bintang |
Tingkat 3, UTC Pudu Sentral, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur |
No. Tel : 03- 2070 2004 / 03- 2070 2005 |
PAZA Cawangan Parlimen Bandar Tun Razak |
No 26, Pusat Perniagaan Danau Lumayan 1, |
Jalan Danau Lumayan, 56000 KUALA LUMPUR |
No. Tel : 03- 9191 0116 |
PAZA Cawangan Lembah Pantai |
No 93, Tingkat bawah, Jalan Bangsar, 51200 Kuala Lumpur |
No. Tel : 03- 2202 0937 |
PAZA Cawangan Parlimen Wangsa Maju |
No 19, Jalan 9/23e , Taman Danau Kota, Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur |
No. Tel : 03- 4131 0469 |
PAZA Cawangan Parlimen Setiawangsa |
No 11-G , Jalan Wangsa Delima 13, 53300 Kuala Lumpur |
No. Tel : 03- 4142 0515 |
PAZA Cawangan Titiwangsa |
Mini UTC Keramat, Jalan Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur |
No. Tel : 03-4251 8524 |
PAZA Cawangan Parlimen Seputeh |
Lot 4-G & 4-1, Medan Klang Lama 28, 58100 Kuala Lumpur |
No. Tel : 03- 7772 9423 |
PAZA Cawangan Parlimen Segambut |
C-0-3A, M Avanue, Jalan Segambut, 1-38A, Segambut Bahagia, 51200 Kuala Lumpur |
No. Tel : 03 6243 4080 / 03 6243 4081 |
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.
MAIWP juga menyediakan Skim Bantuan Guaman Syarie bagi membantu mereka yang memerlukan dalam menyelesaikan kes-kes yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah.