Tarikh-tarikh Penting Bantuan Kerajaan Bagi Bulan Ogos 2021

Terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian bagi tarikh-tarikh penting bantuan kerajaan di bulan Ogos 2021.

Perkara-perkara tersebut sama ada pembayaran, tarikh tutup permohonan, tarikh pendaftaran bantuan dan sebagainya.

Di sini kami senaraikan beberapa Tarikh-tarikh Penting Bantuan Kerajaan Bulan Ogos 2021.

Tarikh Bayaran Pertama i-Citra KWSP

Dalam pengumuman pada Julai lalu, pihak KWSP memaklumkan tarikh bayaran Bayaran i-Citra akan dibuat secara berperingkat bermula 2 Ogos 2021 ini.

Semakan status boleh dibuat di portal rasmi i-Citra;

https://icitra.kwsp.gov.my/

Bagi mereka yang ingin membuat permohonan, tarikh tutup permohonan i-Citra adalah 30 September 2021.

Untuk maklumat lanjut sila baca artikel berikut;

Bayaran Bantuan Khas Covid-19 Akan Dibayar Mulai Ogos 2021

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) merupakan salah satu daripada bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 28 Jun yang lalu di bawah Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

BKC juga merupakan antara tiga bantuan tunai langsung yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selain daripada Bantuan Prihatin Rakyat dan Bantuan Kehilangan Pendapatan bagi meneruskan kelangsungan hidup pada hari-hari yang mendatang.

Untuk bantuan ini, tidak ada permohonan yang perlu dikemukakan oleh penerima. Ini kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data-data kerajaan yang sedia ada di bawah agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Semak silang bagi penerima akan dibuat melalui data berikut;

BilKategori PenerimaData Bantuan
1.Miskin TegarPermohonan BPR 2021
2.B40Permohonan BPR 2021
3.M40Percukaian (LHDNM)

Bayaran BKC akan mula disalurkan mulai Ogos ini dengan amaun bayaran berdasarkan jadual di bawah;

Tarikh dan Jadual Pembayan BKC

Info dan maklumat lanjut, sila lihat 

Tarikh Tutup Permohonan Bantuan Khas Golongan OKU Adalah Pada 6 Ogos 2021

Bantuan Khas Golongan OKU merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu individu OKU (Bukan penerima Bantuan Bulanan JKM) yang terkesan teruk akibat pandemik COVID19 seperti diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji, diarah bercuti tanpa dibayar gaji atau bekerja sendiri.

Bagi mereka yang lulus permohonan, kadar bantuan yang diberikan adalah sebanyak sebanyak RM500 sebulan dan dibayar setiap bulan selama tempoh 3 bulan.

Bagi mereka yang ingin memohon bantuan ini, tarikh tutup permohonan adalah pada 6 Ogos 2021 (Jumaat).

Beberapa Negeri Akan Mula Menerima Bantuan Barang Dapur Prihatin Kasih RM300

Bantuan Prihatin Kasih akan mula disalurkan pada bulan Ogos 2021 di negeri-negeri berikut;

  1. Kelantan, 
  2. Johor, 
  3. Pulau Pinang, 
  4. Kedah,
  5. Perlis, 
  6. Perak, 
  7. Melaka, dan
  8.  Terengganu

Soalan yang sering di tanya. Adakah saya perlu memohon PRIHATIN Kasih?

Penerima telahpun dikenalpasti dari senarai yang sudah terdaftar di pangkalan data kerajaan. Oleh itu, TIADA PERMOHONAN diperlukan

Anda boleh membuat semakan status kelayakan PRIHATIN KASIH melalui pautan di bawah;

Permohonan Bantuan Barang Dapur Bakul Prihatin Negara JKM Masih Diteruskan pada Bulan Ogos 2021

Bakul Prihatin Negara merupakan inisiatif Kerajaan yang tidak pernah henti dalam memastikan tanggungjawab terus dipikul untuk membantu rakyat yang terkesan.

Kepada mereka yang memerlukan bantuan bakul makanan boleh memohon bantuan menerusi talian :

  1. Talian Kasih 15999
  2. Whatsapp +60 17-372 9702 untuk mendaftar melalui Google form  http://www.wasap.my/6017-3729702/BakulPrihatinNegara atau 

SILA KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK PENDAFTARAN 📝👇👇👇👇

https://forms.gle/DTpRcbVJHvVXRGvX7

  1. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan tempat tinggal anda dengan menelefon talian yang tersenarai di laman web https://www.jkm.gov.my/
  2. Media Sosial Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM)

Facebook

Instagram

Twitter

  1. Laman web: https://www.jkm.gov.my/

Mana-mana individu yang telah terputus bekalan makanan diminta menghubungi Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan.

Hubungi talian Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan anda.

Permohonan Bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021 RM4000 Berakhir 5 Ogos 2021

Bantuan Tabung Usahawan Wanitan Kelantan diberikan kepada peniaga wanita Kelantan sahaja (wanita/beliawanis/ armalah/ OKU) bagi membantu peniaga wanita mengembangkan lagi perniagaan yang sedang dijalankan.

Kerajaan Negeri Kelantan menyediakan bantuan berbentuk peralatan perniagaan kepada peniaga kecil wanita seluruh Kelantan.

Kadar bantuan maksima yang diberikan adalah RM4,000.00 sahaja dalam bentuk peralatan.

Tarikh tutup permohonan ini adalah pada 5 Ogos 2021.

Untuk mengetahui syarat-syarat dan maklumat lanjut, sila baca info berikut;

Permohonan Bantuan Khas Zakat Kedah PPN Ditutup pada 8 Ogos 2021

Bantuan Khas Zakat Kedah melalui Skim Agihan Khas Zakat Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sebanyak RM300 (one-off) akan disalurkan kepada asnaf yang terjejas pendapatan dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

Syarat-syarat permohonan adalah sebagaimana berikut;

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia dan tinggal di negeri Kedah sekurang-kurangnya 1 tahun.
  3. Pendapatan kasar isi rumah semasa di bawah RM 2,000.00 sebulan (Gaji Kasar).
  4. Hanya ketua keluarga sahaja layak memohon bantuan atau waris pemohon bagi yang masih berada dibawah tanggungan.
  5. Bukan penerima bantuan Kewangan Bulanan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Mereka yang ingin memohon bantuan khas zakat negeri Kedah ini hendaklah membuat permohonan secara atas talian (online) melalui laman; 

https://agihan.zakatkedah.com.my

Tarikh tutup permohonan adalah pada 8 Ogos 2021.

Tarikh Tutup Permohonan Bantuan Kasih Asnaf 3.0 Pada Pertengahan Ogos

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan Bantuan Kasih Asnaf 3.0 yang diberikan khas kepada penjaja pasar malam untuk mereka yang tinggal di Kuala Lumpur.

Bantuan ini merupakan sebahagian daripada program Musaadah Covid-19 MAIWP yang diberikan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Tarikh tutup bagi permohohan Bantuan Kasih Asnaf 3.0 Pada 15 Ogos 2021.

Permohonan bantuan ini hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui laman rasmi berikut;

https://elesen.dbkl.gov.my/elesennew/sumbangan_maiwp.aspx

Ikuti langkah berikut;

  1. Klik bahagian pendaftaran kemudian isi maklumat pelesen
  2. Masukkan maklumat bank
  3. Pengesahan 

Semakan Status Kelulusan Permohonan GKP 4.0 PEMULIH

GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 & GKP 3.0 berjumlah RM1,000. 

Bayaran akan dibuat sebanyak 2 kali iaitu pada  September sebanyak RM500 dan  November sebanyak RM500 bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Permohonan bantuan ini sudahpun ditutup pada 31 Julai 2021.

Semakan status Bantuan PKS boleh dibuat mulai Ogos 2021. Tarikh sebenar semakan belum diumumkan oleh kerajaan.

Namun begitu, berdasarkan pengalaman penerima GKP sebelum ini, pemohon boleh menyemak keputusan permohon mulai 8 haribulan berikutnya. 

Ini bermaksud, jangkaan semakan keputusan permohonan bantuan GKP ini adalah mulai 8 Ogos 2021 di portal rasmi GKP https://gkp.hasil.gov.my

Keputusan Permohonan Program Dermasiswa B40 JPA Adalah Penghujung Ogos 2021

Program Dermasiswa B40 JPA merupakan penajaan dalam bentuk dermasiswa kepada calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 daripada  latar belakang keluarga berpendapatan rendah (B40).

Program ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi yang dikenalpasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa. 

Permohonan bagi program Dermasiswa B40 ini telahpun ditutup pada 31 Julai yang lalu.

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan dalam portal eSILA di alamat https://esilav2.jpa.gov.my/ pada penghujung Ogos 2021. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam portal berkenaan.

Program Subsisi Upah 4.0 dibuka Mulai 1 Ogos hingga 31 Oktober 2021

Program Subsidi Upah adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan.

Tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 serta penutupan operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Cara permohonan hendaklah dibuat secara online di mana permohonan hendaklah dikemukakan oleh majikan melalui capaian laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my 

Scroll to Top