Terkini! Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah mengumumkan tarikh pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) fasa 2 mulai 23 November 2021 (SELASA).
Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP 4.0) merupakan antara inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Pelaksanaan Geran Khas Prihatin atau GKP sebelum ini telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan atau business survival dalam kalangan peniaga kecil, terutamanya mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi.
Apa itu GKP 4.0?
GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi membantu aliran tunai perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
Berkemungkinan GKP 4.0 adalah bantuan terakhir bagi siri pemberian GKP untuk PKS memandangkan tiada pengumuman khas yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dalam Bajet 2022 baru-baru ini.
Semakan Status GKP 4.0
Semakan status kelulusan GKP ini, boleh dibuat mulai 22 November 2021 (ISNIN) melalui portal rasmi GKP iaitu;
- Klik Log Masuk,
- Isi nombor MyKad
- Masukkan kata laluan.
Tarikh dan Jumlah Bayaran GKP 4.0 Fasa 2
Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada 19 November memaklumkan tarikh bayaran GKP 4.0 Fasa 2 mulai 23 November 2021 yang bakal memanfaatkan lebih 1 juta PKS mikro yang layak.
Siapa Yang Layak Menerima Bantuan Geran Khas Prihatin 4.0 Fasa 2?
Mereka yang layak menerima GKP 4.0 adalah PKS mikro yang berstatus Lulus GKP seperti berikut
- Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
- Permohonan baharu GKP 4.0
Jumlah Bantuan Yang Diterima
Untuk fasa 2, jumlah bantuan yang akan diterima adalah RM500 secara one-off.
Nilai keseluruhan bantuan GKP 4.0 adalah seperti berikut:
LAYAK GKP 4.0 | NILAI BANTUAN |
Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 yang berstatus Lulus | RM1,000 (2 Fasa) |
Lulus permohonan baharu GKP 4.0 | RM1,000 (2 Fasa) |
Kaedah Bayaran GKP 4.0
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 4.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0.
Akaun bank persendirian pemohon mestilah sama ada akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.
* Peringatan: Sekiranya gagal mengemukakan akaun bank simpanan / semasa untuk pembayaran GKP 4.0, proses pembayaran akan gagal dan bayaran akan terbatal. Ini memandangkan pembayaran GKP hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.
Permohonan GKP 4.0
Permohonan GKP ini telahpun ditutup 31 Julai 2021 di laman portal GKP.
Buat masa sekarang tiada lagi pengumuman terkini yang diumumkan oleh kerajaan untuk pembukaan semula permohonan baharu.
Baru-baru ini juga, tiada lagi pengumuman tentang pemberian GKP bagi tahun hadapan dalam pembentangan Bajet 2022. Ia akan digantikan dengan Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga) dengan nilai keseluruhan berjumlah RM 40 bilion.
Skim pembiayaan SemarakNiaga merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti dengan sasaran untuk memanfaatkan setiap golongan usahawan tidak kira perusahaan mikro ataupun syarikat tersenarai awam
Penerima GKP akan Menerima Bantuan Keluarga Malaysia
Sebelum ini penerima GKP tidak layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat.
Ia amat mendukacitakan kebanyakan penerima GKP kerana secara tidak langung penerima GKP juga tidak layak menerima bantuan lain seperti BKC, Jaringan Prihatin, Baucar Perlindungan Tenang, MySalam dan lain-lain.
Pun begitu, dalam kemas kini terbaharu di laman portal MyBPR memaklumkan sebagaimana berikut;
Oleh yang demikian, penerima GKP sebelum ini dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat apabila Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) dibuka pada awal Januari 2022.
Status Kelulusan GKP 4.0
Untuk makluman, jika anda sudah membuat semakan status, anda akan menerima notis sama ada lulus atau tidak lulus permohonan.
LULUS PERMOHONAN – Akan memaparkan amaun jumlah kelulusan GKP 4.0 beserta kelulusan sebelum ini dan juga jumlah kelulusan GKP secara keseluruhan.
TIDAK LULUS – Akan memaparkan status kelulusan tidak lulus beserta kod dan kod keterangan tidak lulus.
Info dan Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 4.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).
Kenyataan Media
Soalan Lazim GKP 4.0
GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi membantu aliran tunai perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
PKS mikro yang berstatus Lulus GKP seperti berikut:
– Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
– Permohonan baharu GKP 4.0
RM 500 One-off
Mulai 23 November 2021 (SELASA)
Semakan status kelulusan mulai 22 November (Isnin) melalui portal GKP https://gkp.hasil.gov.my/
Kemas kini: 19 November 2021
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.